Connect with us

Antarabangsa

Ribuan warga India rebut peluang kerja di Israel

Israel menawarkan ribuan peluang pekerjaan kepada pekerja mahir dari India untuk mengisi kekosongan pekerjaan di negara zionis itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel menawarkan ribuan peluang pekerjaan kepada pekerja mahir dari India untuk mengisi kekosongan pekerjaan di negara zionis itu.
  • Pencarian pekerjaan warga India untuk bekerja di Israel berikutan perjanjian dua hala antara kedua-dua negara itu dan pembatalan 150,000 permit kerja rakyat Palestin, lapor EFE.
  • Di bandar Lucknow di utara India, lebih 7,000 bakal pekerja mengharungi suhu rendah dan kabus musim sejuk bagi ujian kemahiran selama seminggu untuk menjamin pekerjaan di Israel.
  • “Sekitar 5,187 telah dipilih,” kata Ketua Lucknow Industrial Training Institute (ITI), Raj Kumar Yadav kepada EFE.
  • Proses sama diadakan dalam tempoh enam hari pada bulan lalu di negeri Haryana dengan ribuan penyertaan, Pallavi Sandhir, pegawai agensi kerajaan yang merekrut pekerja untuk projek awam memberitahu EFE. 

Israel menawarkan ribuan peluang pekerjaan kepada pekerja mahir dari India untuk mengisi kekosongan pekerjaan di negara zionis itu.

Pencarian pekerjaan warga India untuk bekerja di Israel berikutan perjanjian dua hala antara kedua-dua negara itu dan pembatalan 150,000 permit kerja rakyat Palestin, lapor EFE.

Di bandar Lucknow di utara India, lebih 7,000 bakal pekerja mengharungi suhu rendah dan kabus musim sejuk bagi ujian kemahiran selama seminggu untuk menjamin pekerjaan di Israel.

“Sekitar 5,187 telah dipilih,” kata Ketua Lucknow Industrial Training Institute (ITI), Raj Kumar Yadav kepada EFE.

Proses sama diadakan dalam tempoh enam hari pada bulan lalu di negeri Haryana dengan ribuan penyertaan, Pallavi Sandhir, pegawai agensi kerajaan yang merekrut pekerja untuk projek awam memberitahu EFE.

“Ia adalah ujian praktikal. Kami belum menerima senarai akhir lagi. Sistem loteri digunakan,” katanya.

Israel mencari 10,000 pekerja dari kedua-dua negeri itu dengan tawaran gaji bulanan yang agak lumayan sekitar $1,600 (RM7,600), berbanding purata gaji bulanan $300 (RM1,400) di Haryana.

“Apa kesan konflik itu jika kita mampu memperoleh pendapatan sebanyak ini? Ia hampir tujuh kali lebih banyak wang bulanan berbanding apa yang kami perolehi di sini,” kata tukang batu, Mukesh Kumar Rawat, dipetik akhbar The Times of India.

Dalam kemuncak konflik di Gaza, rejim Israel membatalkan permit kerja sekitar 150,000 pekerja warga Palestin, menyebabkan limpahan kekosongan jawatan di negara zionis itu yang kini mencari pekerja dari negara seperti India dan Sri Lanka.

Sebelum tercetusnya peperangan, Israel dan India menandatangani perjanjian pada Mei tahun lalu, membenarkan 42,000 pekerja India diambil bekerja dalam sektor pembinaan dan kejururawatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *