Antarabangsa
Kabel dasar laut di Laut Merah mungkin jadi sasaran Houthi – Laporan
The Gulf International Forum mengeluarkan laporan amaran bahawa kabel penting dasar laut mungkin menjadi sasaran di Laut Merah oleh kumpulan Houthi Yaman.
- The Gulf International Forum mengeluarkan laporan amaran bahawa kabel penting dasar laut mungkin menjadi sasaran di Laut Merah oleh kumpulan Houthi Yaman.
- Laporan itu turut mendedahkan serangan Houthi mungkin berubah daripada menyasarkan kapal di permukaan kepada serangan laut dalam, dengan fokus kepada kabel dasar laut sebagai sasaran baharu konflik itu.
- Laporan itu menekankan rangkaian kabel komunikasi penting dasar laut itu boleh menjadi sasaran mudah serangan Houthi di masa akan datang.
- Perkara itu berpotensi menimbulkan ancaman yang boleh memberi kesan ketara kepada komunikasi global dan ekonomi, sekali gus memberi amaran kepada semua negara bergantung pada infrastruktur itu supaya mengambil berat kemungkinan tersebut.
- Kumpulan Houthi sebelum ini dilaporkan menyerang kapal-kapal Israel dan kapal dagang berurusan dengan pelabuhan Israel sebagai tindakan protes serangan rejim zionis ke atas Gaza, Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.
The Gulf International Forum mengeluarkan laporan amaran bahawa kabel penting dasar laut mungkin menjadi sasaran di Laut Merah oleh kumpulan Houthi Yaman.
Laporan itu turut mendedahkan serangan Houthi mungkin berubah daripada menyasarkan kapal di permukaan kepada serangan laut dalam, dengan fokus kepada kabel dasar laut sebagai sasaran baharu konflik itu.
Laporan itu menekankan rangkaian kabel komunikasi penting dasar laut itu boleh menjadi sasaran mudah serangan Houthi di masa akan datang.
Perkara itu berpotensi menimbulkan ancaman yang boleh memberi kesan ketara kepada komunikasi global dan ekonomi, sekali gus memberi amaran kepada semua negara bergantung pada infrastruktur itu supaya mengambil berat kemungkinan tersebut.
Laporan itu antara lain memberitahu bahawa Yaman memegang kedudukan strategik dengan saluran internet rentas benua melaluinya, mengukuhkan lagi kemungkinan kabel dasar laut itu boleh menjadi sasaran serangan pihak Houthi.
Perkembangan terbaru dalam konflik serantau itu melihat beberapa militia yang disokong Iran seperti Hizbullah di Lubnan dan di Iraq menyatakan ancaman melalui Telegram untuk memotong kabel dasar laut.
Kumpulan Houthi sebelum ini dilaporkan menyerang kapal-kapal Israel dan kapal dagang berurusan dengan pelabuhan Israel sebagai tindakan protes serangan rejim zionis ke atas Gaza, Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times