Terkini
Lagi komen rasis melampau di media Cina susulan peraturan premis tutup dua jam setiap Jumaat
Laporan berita China Press mengenai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menutup operasi perniagaan dua jam setiap Jumaat telah menjadi ‘open seasons’ (tempoh mengkritik tanpa kekangan) untuk netizen bukan Islam memperlekehkan tindakan itu.
- Laporan berita China Press mengenai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menutup operasi perniagaan dua jam setiap Jumaat telah menjadi ‘open seasons’ (tempoh mengkritik tanpa kekangan) untuk netizen bukan Islam memperlekehkan tindakan itu.
- Menyifatkan insiden itu sebagai perkara ‘biasa’ bagi netizen terbabit, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata mereka yang menulis komen negatif itu berkemungkinan tiada perniagaan di daerah tersebut.
- “Cina yang barangkali tidak tinggal di Terengganu dan lingkungan mereka mungkin adalah geng geng kiasu rasis, komen macam macam. Dahsyat…”
- “Mereka ini baru sampai di Malaysia ke atau duduk di Malaysia tetapi baru keluar dari gua atau mereka ini Islamofobik?,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook hari ini.
- Semakan The Merdeka Times hari ini mendapati ruangan komen laporan China Press di Facebook media terbabit tidak dapat diakses (untuk melihat komen netizen).
- Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif sebelum ini dilaporkan berkata penutupan operasi semua premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran MBKT bermula jam 12.30 tengah hari dan jam 2.30 petang setiap Jumaat, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
KUALA LUMPUR — Laporan berita China Press mengenai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menutup operasi perniagaan dua jam setiap Jumaat telah menjadi ‘open seasons’ (tempoh mengkritik tanpa kekangan) untuk netizen bukan Islam memperlekehkan tindakan itu.
Menyifatkan insiden itu sebagai perkara ‘biasa’ bagi netizen terbabit, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata mereka yang menulis komen negatif itu berkemungkinan tiada perniagaan di daerah tersebut.
“Cina yang barangkali tidak tinggal di Terengganu dan lingkungan mereka mungkin adalah geng geng kiasu rasis, komen macam macam. Dahsyat…
“Barangkali mereka ini takde kaitan dan tiada pun sebarang perniagaan pun di Kuala Terengganu!
“Mereka ini baru sampai di Malaysia ke atau duduk di Malaysia tetapi baru keluar dari gua atau mereka ini Islamofobik?,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Firdaus Wong, seorang peniaga yang duduk di Kuala Terengganu dikenali sebagai Alex Chan Foo Yew menjelaskan peraturan itu hanya melibatkan operasi perniagaan Muslim kerana kedai bukan Muslim dibuka seperti biasa.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif sebelum ini dilaporkan berkata penutupan operasi semua premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran MBKT bermula jam 12.30 tengah hari dan jam 2.30 petang setiap Jumaat, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Rosli berkata arahan penutupan operasi itu bukan sahaja membabitkan pasar raya sebaliknya semua premis perniagaan, termasuk restoran dan kedai makan.
Semakan The Merdeka Times hari ini mendapati ruangan komen laporan China Press di Facebook media terbabit tidak dapat diakses (untuk melihat komen netizen).
Dalam hantaran berbeza, China Press sekali lagi memuat naik artikel tentang arahan MBKT itu yang mendapat 38 komen dan 27 perkongsian (setakat artikel ini ditulis).
Ada netizen meninggalkan komen dengan persoalan sama ada pihak admin media sosial itu menutup ruangan komen bagi siaran terdahulu kerana takut dikritik. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung