Antarabangsa
Dituduh sembelih lembu, Pemuda Muslim direnjat dengan elektrik dan disumbat kayu pada dubur
Hanya kerana dituduh menyembelih lembu, seorang pemuda Muslim di India direnjat dengan elektrik dan disumbat dengan kayu pada saluran dubur oleh lima anggota polis.

- Hanya kerana dituduh menyembelih lembu, seorang pemuda Muslim di India direnjat dengan elektrik dan disumbat dengan kayu pada saluran dubur oleh lima anggota polis.
- Lebih malang, polis telah tersalah identiti ketika menahan mangsa itu dalam insiden yang dilaporkan berlaku di Badaun, Uttar Pradesh.
- Mendedahkan insiden itu, aktivis sosial, Kashif Arsalan dipetik Clarion India pada Jumaat, menuntut Polis Uttar Pradesh untuk mengambil tindakan segera dan menggantung tugas anggota polis terlibat dalam kes itu.
- Adik ipar mangsa mendakwa bahawa pemuda itu dipukul sepanjang malam oleh anggota polis terbabit.
- Bagaimanapun, setelah menyedari tersalah individu, polis memberikan Rs100 (RM5.60) kepada mangsa sebelum melepaskannya dua hari kemudian.
Hanya kerana dituduh menyembelih lembu, seorang pemuda Muslim di India direnjat dengan elektrik dan disumbat dengan kayu pada saluran dubur oleh lima anggota polis.
Lebih malang, polis telah tersalah identiti ketika menahan mangsa itu dalam insiden yang dilaporkan berlaku di Badaun, Uttar Pradesh.
Mendedahkan insiden itu, aktivis sosial, Kashif Arsalan dipetik Clarion India pada Jumaat, menuntut Polis Uttar Pradesh untuk mengambil tindakan segera dan menggantung tugas anggota polis terlibat dalam kes itu.
Arsalan berkata di X bahawa kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan kebimbangan mengenai perlindungan yang hanya tertumpu kepada komuniti tertentu.
Sementara itu, adik ipar mangsa mendakwa bahawa pemuda itu dipukul sepanjang malam oleh anggota polis terbabit.
Bagaimanapun, setelah menyedari tersalah individu, polis memberikan Rs100 (RM5.60) kepada mangsa sebelum melepaskannya dua hari kemudian.
Sejak insiden itu, mangsa mengalami kekejangan berterusan yang juga berpunca daripada masalah asmanya.
Menurut laporan perubatan, keadaan itu mendatangkan kebimbangan tentang keparahan kecederaan mangsa.
Insiden itu mencetuskan kemarahan meluas dalam kalangan masyarakat dan menggesa supaya reformasi dalam pasukan polis dijalankan.
Pihak polis dilaporkan menjalankan siasatan dengan adil dan bekerjasama dengan keluarga mangsa. – The Merdeka Times
Sumber: Clarion India
