Connect with us

Antarabangsa

64 peratus penduduk Gaza makan rumput, buah-buahan, makanan belum masak dan basi – Kajian

Kajian Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean (Euro-Med Monitor) di Gaza mendedahkan 71 peratus populasi di wilayah konflik itu menderita kelaparan melampau.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean (Euro-Med Monitor) di Gaza mendedahkan 71 peratus populasi di wilayah konflik itu menderita kelaparan melampau.
  • Euro-Med Monitor semalam berkata perkara itu memperkuatkan tuduhan bahawa rejim Israel menggunakan kelaparan untuk menghukum masyarakat awam Palestin.
  • 98 peratus responden tinjauan mengatakan mereka tidak cukup makan, manakala 64 peratus mengaku memakan rumput, buah-buahan, makanan belum masak dan makanan basi untuk mengenyangkan diri.
  • Tinjauan mendapati kadar akses air di wilayah konflik itu, termasuk air untuk minum, mandi dan membersihkan diri adalah 1.5 liter untuk setiap orang setiap hari, iaitu rendah dari piawaian antarabangsa.
  • Kajian analitikal itu merangkumi 1,200 sampel manusia di Gaza untuk mengesahkan kesan krisis kemanusiaan dialami penduduk wilayah konflik itu dalam serangan berterusan pengganas Israel.

Kajian Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean (Euro-Med Monitor) di Gaza mendedahkan 71 peratus populasi di wilayah konflik itu menderita kelaparan melampau.

Euro-Med Monitor semalam berkata perkara itu memperkuatkan tuduhan bahawa rejim Israel menggunakan kelaparan untuk menghukum masyarakat awam Palestin.

98 peratus responden tinjauan mengatakan mereka tidak cukup makan, manakala 64 peratus mengaku memakan rumput, buah-buahan, makanan belum masak dan makanan basi untuk mengenyangkan diri.

Tinjauan turut mendapati kadar akses air di wilayah konflik itu, termasuk air untuk minum, mandi dan membersihkan diri adalah 1.5 liter untuk setiap orang setiap hari.

Menurut Euro-Med Monitor, jumlah penggunaan itu adalah 15 liter kurang berbanding jumlah minimum air diperlukan untuk kelangsungan hidup mengikut tahap piawaian antarabangsa.

Tinjauan turut mengkaji impak kekurangan zat makanan dan kekurangan akses kepada air minuman bersih dengan keputusan 66 peratus sampel dilaporkan mengalami cirit-birit, ruam kulit atau penyakit usus pada bulan sebelumnya.

Kajian analitikal itu merangkumi 1,200 sampel manusia di Gaza untuk mengesahkan kesan krisis kemanusiaan dialami penduduk wilayah konflik itu dalam serangan berterusan pengganas Israel.

Pemantau Euro-Med menegaskan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa melarang keras penggunaan kelaparan sebagai senjata. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *