Connect with us

Terkini

30 peratus perokok elektronik di Malaysia berusia 12 hingga 15 tahun

Kira-kira 30 peratus perokok elektronik di Malaysia berusia antara 12 hingga 15 tahun, menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (Seatca). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

30 peratus perokok elektronik di Malaysia berusia 12 hingga 15 tahun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira 30 peratus perokok elektronik di Malaysia berusia antara 12 hingga 15 tahun, menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (Seatca).
  • Pertubuhan Anti-Tembakau Asia Tenggara itu berkata, prevalen penggunaan rokok elektronik dalam kumpulan umur tersebut tinggi di negara ini berbanding prevalen perokok remaja iaitu 12.5 peratus (10.8 peratus lelaki dan 1.7 peratus perempuan).
  • “Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata rokok elektronik secara agresif dipromosi kepada orang muda melalui media sosial dan pempengaruh.
  • “Kanak-kanak terutamanya disasarkan menerusi karakter kartun, ketersediaan sekurang-kurangnya 16,000 perasa dan rokok elektronik yang menyerupai mainan, gula-gula dan peralatan persekolahan,” katanya dalam kenyataan, semalam. 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 30 peratus perokok elektronik di Malaysia berusia antara 12 hingga 15 tahun, menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (Seatca). 

Pertubuhan Anti-Tembakau Asia Tenggara itu berkata, prevalen penggunaan rokok elektronik dalam kumpulan umur tersebut tinggi di negara ini berbanding prevalen perokok remaja iaitu 12.5 peratus (10.8 peratus lelaki dan 1.7 peratus perempuan). 

Katanya, secara perbandingan negara lain di Asean seperti Brunei, Kemboja, Laos, Singapura dan Thailand melarang penggunaan alatan itu, termasuk hampir 40 negara lain. 

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata rokok elektronik secara agresif dipromosi kepada orang muda melalui media sosial dan pempengaruh.

“Kanak-kanak terutamanya disasarkan menerusi karakter kartun, ketersediaan sekurang-kurangnya 16,000 perasa dan rokok elektronik yang menyerupai mainan, gula-gula dan peralatan persekolahan,” katanya dalam kenyataan dipetik FMT, semalam. 

Seatca berkata rokok elektronik terbukti menghasilkan bahan toksik berupa karsinogenik walaupun kesan kesihatan jangka panjang terhadap penggunaan rokok itu belum dapat dikenal pasti sepenuhnya. 

Katanya, penggunaan rokok elektronik meningkatkan risiko gangguan jantung dan paru-paru. 

“Penggunaan rokok elektronik juga menjejaskan perkembangan otak dan menjurus gangguan pembelajaran golongan muda,” katanya. 

Mengulas lanjut, Seatca berkata produk itu berbahaya dan tidak cekap digunakan bagi berhenti merokok seperti didakwa.

“Dakwaan kurang bahaya belum dapat dibuktikan dan mengelirukan. Lebih tepat mengatakan ia adalah permulaan bahaya bagi orang muda yang tidak pernah merokok, dan pengganti bahaya kepada perokok yang cuba berhenti merokok,” kata Seatca. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *