Connect with us

Antarabangsa

Puma tamatkan penajaan pasukan kebangsaan Israel tahun depan

Puma bakal menamatkan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel tahun depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Puma bakal menamatkan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel tahun depan.
  • Jurucakap firma pakaian sukan Jerman itu memaklumkan perkara tersebut hari ini berdasarkan keputusan yang dibuat sebelum berlakunya serangan 7 Oktober lalu.
  • “Sementara dua pasukan kebangsaan baru ditandatangani – termasuk sebuah pasukan baru – yang kelak akan diumumkan pada akhir tahun ini dan pada 2024. 
  • “Kontrak beberapa persekutuan seperti Serbia dan Israel, akan tamat pada 2024,” kata jurucakap itu menerusi kenyataan dalam e-mel.

BERLIN – Puma bakal menamatkan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel tahun depan.

Jurucakap firma pakaian sukan Jerman itu memaklumkan perkara tersebut hari ini berdasarkan keputusan yang dibuat sebelum berlakunya serangan 7 Oktober lalu.

“Sementara dua pasukan kebangsaan baru ditandatangani – termasuk sebuah pasukan baru – yang kelak akan diumumkan pada akhir tahun ini dan pada 2024. 

“Kontrak beberapa persekutuan seperti Serbia dan Israel, akan tamat pada 2024,” kata jurucakap itu menerusi kenyataan dalam e-mel.

Keputusan itu dibuat sejak 2022, iaitu sebahagian dari strategi baharu “fewer-bigger-better strategy” (kurang-lebih besar-strategi lebih baik) Puma yang sejajar dengan garis masa untuk mereka bentuk dan membangunkan jersi pasukan (baru), kata jurucakap itu.

The Financial Times antara pihak pertama melaporkan perkara itu.

Gerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) menyeru pemboikotan perusahaan itu sebelum 7 Oktober lagi atas penajaannya terhadap pasukan kebangsaan Israel.

Bagaimanapun, seruan boikot baru-baru ini bertambah kuat dan berkembang kepada firma dan produk-produk lain berikutan serangan genosid berterusan tentera rejim pengganas Israel ke atas warga Palestin di Gaza yang dilihat melampaui batas kemanusiaan.

Sumber: Channel News Asia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *