Connect with us

Terkini

Pemimpin Arab dan Islam perlu guna kuasa ekonomi tekan Israel, AS – Hamas

Walaupun hasil Sidang Kemuncak Arab-Islamik tidak memperlihatkan  langkah dan mekanisme berkesan untuk menghentikan kekejaman zionis Israel namun Hamas masih berharap agar pemimpin-pemimpin Arab dan Islam terus menggunakan kuasa politik dan ekonomi mereka untuk mendesak Washington agar hentikan pembunuhan terhadap orang awam dan kanak-kanak di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin Arab dan Islam perlu guna kuasa ekonomi tekan Israel, AS - Hamas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan pembebasan Hamas pada hari ini menyatakan harapan mereka supaya pemimpin-pemimpin Arab dan Islam menggunakan kuasa politik dan ekonomi mereka untuk mendesak Washington yang terlibat dalam pencerobohan tanah Palestin.
  • Kumpulan pembebasan itu menghargai usaha sidang kemuncak itu diadakan serta ucapan-ucapan kebanyakan pemimpin dunia di persidangan itu tetapi melihat tiada langkah atau mekanisme berkesan yang dikemukakan untuk menghentikan serangan pengganas Israel di Gaza.

KUALA LUMPUR — Walaupun hasil Sidang Kemuncak Arab-Islamik tidak memperlihatkan  langkah dan mekanisme berkesan untuk menghentikan kekejaman zionis Israel namun Hamas masih berharap agar pemimpin-pemimpin Arab dan Islam terus menggunakan kuasa politik dan ekonomi mereka untuk mendesak Washington agar hentikan pembunuhan terhadap orang awam dan kanak-kanak di Gaza.

“Kami mengharapkan saudara Arab dan Islam kami menggunakan kuasa politik dan ekonomi mereka untuk menekan Washington supaya dihentikan pencerobohan mereka terhadap orang awam dan kanak-kanak (Palestin),” ujar Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan buat media di saluran Telegram rasmi mereka.

Hamas dalam pada itu turut memuji keputusan sidang kemuncak tersebut dalam menggesa kemasukan segera bahan keperluan, bantuan perubatan serta bahan api ke Gaza dengan menyifatkan ia satu langkah yang tepat.

“Kami sedang menunggu pelaksanaan segera keputusan itu dengan terbukanya lintasan dan koridor kemanusiaan Gaza secara kekal.”

Dalam kenyataan itu, Hamas turut menggesa masyarakat dunia agar terus meningkatkan aktivisme dalam solidariti bersama rakyat Palestin dengan menegaskan bahawa “suara kalian jauh lebih kuat berbanding keganasan dan peluru berpandu” kumpulan pengganas Israel.-The Merdeka Times

Sumber: Telegram Rasmi Gerakan Hamas

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending