Connect with us

Antarabangsa

Israel tolak tekanan antarabangsa, nekad “berdiri teguh menentang dunia jika perlu”

Pemimpin rejim pengganas Israel yang bertanggungjawab terhadap perang di Gaza berikrar Sabtu lalu untuk meneruskan serangan ketenteraan bagi menumpaskan Hamas sekaligus menolak tekanan antarabangsa untuk memperlahankan atau menghentikan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel tolak tekanan antarabangsa, nekad “berdiri teguh menentang dunia jika perlu”
Foto: Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu.
  • Dalam sidang akhbar bersama yang diadakan Perdana Menteri rejim zionis Benjamin Netanyahu dengan Menteri Pertahanannya Yoav Gallant dan Menteri Benny Gantz itu turut bertegas dan berjanji akan “berdiri teguh menentang dunia jika ia diperlukan.
  • Netanyahu turut membidas Presiden Perancis Emmanuel Macron berhubung kenyataannya yang dianggap menghina Israel sehari sebelumnya.
  • Perdana Menteri itu juga menyatakan bahawa Israel akan menentang kepulangan Pihak Berkuasa Palestin (PA) ke Gaza – matlamat yang baru-baru ini diisytiharkan Washington. 

Pemimpin rejim pengganas Israel yang bertanggungjawab terhadap perang di Gaza berikrar Sabtu lalu untuk meneruskan serangan ketenteraan bagi menumpaskan Hamas sekaligus menolak tekanan antarabangsa untuk memperlahankan atau menghentikan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin.

Dalam sidang akhbar bersama yang diadakan Perdana Menteri rejim zionis Benjamin Netanyahu dengan Menteri Pertahanannya Yoav Gallant dan Menteri Benny Gantz itu turut bertegas dan berjanji akan “berdiri teguh menentang dunia jika ia diperlukan.”

Kenyataan ini susulan kritikan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap genosid dicetuskan negara penjajah.

Pemimpin negara pengganas ini turut menggesa pemimpin barat untuk menyatakan sokongan kepada negara Yahudi, kerana kemenangan zionis akan dianggap kemenangan kebebasan seluruh dunia.

Dalam sidang akhbar itu, Netanyahu turut membidas Presiden Perancis Emmanuel Macron berhubung kenyataannya yang dianggap menghina Israel apabila Macron mengatakan “tiada justifikasi” bagi Israel untuk mengebom “bayi-bayi, wanita-wanita, orang-orang tua,”.

Macron turut mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata di Gaza.

“Tiada sebab untuk (dilakukan perkara) itu dan tiada legitimasi (untuk semua itu). Jadi kami menggesa Israel untuk berhenti,” tegas Macron.

Washington turut dikritik rejim pengganas itu apabila menyatakan pandangan bahawa Pihak Berkuasa Palestin (PA) perlu kembali ke Gaza untuk mentadbir semenanjung tersebut bukannya Israel.

Dengan penuh angkuh, Netanyahu menegaskan Gaza akan sepenuhnya berada dalam kawalan dan penjagaan Israel sebaik perang selesai.

Pernyataan itu disampaikan setelah beberapa negara pada hujung minggu lalu menyatakan kebimbangan terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot dan korban awam yang meningkat di Semenanjung Gaza.

Sumber: The Times Of Israel

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *