Connect with us

Antarabangsa

AS sanggah hasrat zionis Israel untuk tadbir Gaza

Rakyat Palestin harus mentadbir Gaza sebaik sahaja Israel menamatkan perangnya terhadap Hamas, kata Amerika Syarikat (AS) semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken.
  • Rakyat Palestin harus mentadbir Gaza sebaik sahaja Israel menamatkan perangnya terhadap Hamas, kata Amerika Syarikat (AS) semalam.
  • Washington telah memulakan perbincangan dengan pemimpin Israel dan Arab berkenaan masa depan Gaza tanpa pemerintahan Hamas.
  • “Tiada pendudukan semula Gaza selepas konflik itu berakhir. Tiada percubaan untuk menyekat atau mengepung Gaza. Tiada pengurangan (kawasan) ke atas wilayah Gaza,” kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada sidang media di Tokyo pada Rabu.
  • Kenyataan itu bertentangan dengan ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini bahawa rejim zionis Israel akan bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan wilayah itu.
  • Blinken dilaporkan berkata akan adanya keperluan untuk “tempoh peralihan” pada akhir konflik kelak, tetapi tadbir urus pasca krisis di Gaza, mestilah melibatkan warga Palestin.

Rakyat Palestin harus mentadbir Gaza sebaik sahaja Israel menamatkan perangnya terhadap Hamas, kata Amerika Syarikat (AS) semalam.

Washington telah memulakan perbincangan dengan pemimpin Israel dan Arab berkenaan masa depan Gaza tanpa pemerintahan Hamas.

“Tiada pendudukan semula Gaza selepas konflik itu berakhir. Tiada percubaan untuk menyekat atau mengepung Gaza. Tiada pengurangan (kawasan) ke atas wilayah Gaza,” kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada sidang media di Tokyo pada Rabu.

Kenyataan itu bertentangan dengan ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini bahawa rejim zionis Israel akan bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan wilayah itu.

Blinken dilaporkan berkata, akan adanya keperluan untuk “tempoh peralihan” pada akhir konflik kelak, tetapi tadbir urus pasca krisis di Gaza, mestilah melibatkan warga Palestin.

“Ia mesti disertai tadbir urus diketuai warga Palestin dengan Gaza disatukan bersama Tebing Barat di bawah Pihak Berkuasa Palestin (PA),” katanya.

“Sekitar tempoh tidak ditentukan” Israel akan memegang tanggungjawab keselamatan di wilayah itu (Gaza) setelah tamatnya ‘perang’, kata Netanhayu kepada ANC News pada Isnin lalu.

Komen Netanhayu dilihat bertentangan dengan kenyataan AS yang mengatakan Israel tidak mahu mentadbir Gaza selepas (pentadbiran) Hamas.

“Saya fikir Israel, untuk tempoh yang belum diputuskan, akan bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan menyeluruh (Gaza) kerana kita dapat lihat apa yang berlaku apabila kita tidak bertanggungjawab terhadap keselamatannya,” kata Netanyahu.

Pegawai Israel sejak itu cuba menjelaskan bahawa mereka tidak berhasrat untuk menduduki Gaza setelah tamatnya perang, tetapi mereka masih belum menjelaskan bagaimana keselamatan dapat dipastikan tanpa adanya kehadiran tentera. 

Sebelum ini, rejim zionis Israel menarik balik tenteranya dari Gaza pada 2005.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *