Connect with us

Terkini

Tiada perkataan normalisasi, Portal berita Israel manipulasi perbincangan Putera Mahkota Saudi dengan Presiden AS

The Times of Israel (TTOI) dipercayai membuat laporan palsu berkaitan perbincangan Putera Mahkota Saudi dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) memanipulasi beberapa perkara tidak disebut dalam kenyataan rasmi Rumah Putih berkaitan ‘normalisasi’ di antara dua negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Tiada perkataan normalisasi, Portal berita Israel manipulasi perbincangan Putera Mahkota Saudi dengan Presiden AS
Foto: Artikel palsu yang dikeluarkan oleh The Times of Israel (TTOI).
  • The Times of Israel (TTOI) dipercayai membuat laporan palsu berkaitan perbincangan Putera Mahkota Saudi dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) memanipulasi beberapa perkara tidak disebut dalam kenyataan rasmi Rumah Putih berkaitan ‘normalisasi’ di antara dua negara itu.
  • Portal berita atas talian itu dipetik menyebut “Presiden AS Joe Biden dan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman bersetuju untuk “terus membina” rundingan diusahakan AS untuk menormalisasikan hubungan antara Israel dan Arab Saudi sebelum peperangan di Gaza.”
  • Dalam kenyataan asal dikeluarkan Rumah Putih di laman web rasminya, tiada perkataan ‘normalisasi’ atau ‘Israel dan Arab Saudi’ dapat ditemui.

The Times of Israel (TTOI) dipercayai membuat laporan palsu berkaitan perbincangan Putera Mahkota Saudi dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) memanipulasi beberapa perkara tidak disebut dalam kenyataan rasmi Rumah Putih berkaitan ‘normalisasi’ di antara dua negara itu.

Portal berita atas talian itu dipetik menyebut “Presiden AS Joe Biden dan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman bersetuju untuk “terus membina” rundingan diusahakan AS untuk menormalisasikan hubungan antara Israel dan Arab Saudi sebelum peperangan di Gaza.”

Kenyataan dikeluarkan Rumah Putih di laman web rasminya menunjukkan tiada perkataan ‘normalisasi’ atau ‘Israel dan Arab Saudi’ dapat ditemui.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan sehari sebelum laporan itu dihasilkan juga menunjukkan perkataan Israel hanya dilihat pada dua tempat, tertera ‘Israel dan Hamas’ dan ‘Warga Israel serta warga Palestin’, bukan ‘Israel dan Arab Saudi’.

“Beliau (Biden) membincangkan usaha diplomatik dan ketenteraan yang berterusan untuk menghalang aktor negara dan bukan negara dari meluaskan konflik antara Israel dan Hamas.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneruskan usaha diplomatik yang lebih luas untuk mengekalkan kestabilan seluruh rantau serta menghalang konflik daripada terus berkembang,” kata kenyataan dari Rumah Putih bertarikh 24 Oktober lalu.

Kenyataan itu juga menyentuh beberapa isu berkaitan pergolakan Palestin dan Israel; dari sudut usaha mereka untuk mengekang tragedi itu dari bertambah buruk, menyatakan sumbangan kemanusiaan yang akan dilakukan serta pembebasan tawanan. – The Merdeka Times

Sumber: Laman Rasmi Rumah Putih, The Times Of Israel

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Australia haramkan jual vape luar farmasi

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.
  • Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.
  • Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.
  • Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.
  • Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan.

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.

Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.

Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.

Pembaharuan terbaharu ini dilakukan selepas undang-undang pada Mac melarang pengimportan vape kecuali pengimport dengan lesen dan permit.

“Itu hanya fasa pertama dalam rancangan kerajaan.

“Kita memerlukan larangan penjualan runcit ini untuk memastikan undang-undang ini benar-benar berkesan dan untuk membolehkan penguatkuasaan,” kata Pakar kawalan tembakau di Universiti Sydney, Prof Becky Freeman kepada Guardian Australia.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan perniagaan yang menjual vape, bukan penggunanya.

Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending