Terkini
‘Jangan buang masa’, Uskup Kuching bantah Minggu Solidariti Palestin di sekolah
Uskup Kuching, Sarawak menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bakal diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada negara dijajah rejim zionis Israel itu.
- Uskup Kuching menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bakal diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada negara dijajah rejim zionis Israel itu.
- Reverend Datuk Danald Jute yang juga Presiden Sekolah Misi berkata, KPM dan Jabatan Pendidikan Sarawak tidak seharusnya membuang masa, tenaga dan sumber mereka dengan mengikuti penganjuran Minggu Solidariti Palestin itu.
- “Kita betul-betul marah dengan kekejaman yang dilakukan kedua-dua pihak (Israel-Hamas). Namun, kami berpandangan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sarawak tidak seharusnya membuang masa, tenaga dan sumber mereka dalam penganjuran acara sebegini dan mengharapkan guru dan pelajar menyertainya.
- “Tidak sepatutnya ia libatkan sekolah dan murid sekolah! Kementerian Pendidikan hanya perlu memberi tumpuan kepada perniagaan terasnya dan tidak mengheret anak-anak muda kita ke dalam konflik yang kompleks ini dan mencemarkan minda muda mereka dengan cara memainkan naratif berat sebelah,” katanya menerusi memo kepada ketua sekolah Mubaligh pada Rabu.
KUALA LUMPUR —- Uskup Kuching, Sarawak menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bakal diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada negara dijajah rejim zionis Israel itu.
Reverend Datuk Danald Jute yang juga Presiden Sekolah Misi berkata, KPM dan Jabatan Pendidikan Sarawak tidak seharusnya membuang masa, tenaga dan sumber mereka dengan mengikuti penganjuran Minggu Solidariti Palestin itu.
“Kita betul-betul marah dengan kekejaman yang dilakukan kedua-dua pihak (Israel-Hamas). Namun, kami berpandangan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sarawak tidak seharusnya membuang masa, tenaga dan sumber mereka dalam penganjuran acara sebegini dan mengharapkan guru dan pelajar menyertainya.
“Tidak sepatutnya ia libatkan sekolah dan murid sekolah! Kementerian Pendidikan hanya perlu memberi tumpuan kepada perniagaan terasnya dan tidak mengheret anak-anak muda kita ke dalam konflik yang kompleks ini dan mencemarkan minda muda mereka dengan cara memainkan naratif berat sebelah.
“Lebih teruk lagi, untuk mengeluarkan jalan cerita yang tidak berasas seolah-olah ia adalah fakta yang benar!,” katanya menerusi memo kepada ketua sekolah Mubaligh pada Rabu.
Danald berkata beliau percaya rakyat Palestin berhak mendapat yang lebih baik sama ada dari sudut pemimpin mereka sendiri atau pihak berkuasa Israel.
Beliau turut menyeru resolusi aman bagi konflik Palestin-Israel dan gencatan senjata segera supaya makanan, air dan bekalan perubatan penting dapat dihantar dengan selamat kepada ratusan ribu orang awam yang kehilangan tempat tinggal di Gaza.
“Kami percaya bahawa kanak-kanak mesti diajar untuk menghormati antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama dan etnik. Kanak-kanak mesti diingatkan bahawa dalam semua peperangan, tidak ada pemenang — hanya kematian dan penderitaan.
“Untuk itu, kita mesti bersolidariti untuk semua mangsa yang tidak bersalah di semua pihak. Marilah kita berdoa untuk keamanan,” katanya.
Semalam, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin akan mengheret murid dalam isu konflik antarabangsa di sekolah.
Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata ini kerana surat siaran KPM bertarikh 21 Oktober lalu telah menjelaskan pelaksanaan program itu bertemakan keamanan dan kemanusiaan tanpa melibatkan unsur yang bersifat agresif dan ekstrem.
Terbaharu, media melaporkan KPM akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November ini yang bertujuan untuk mendidik murid tentang nilai kemanusiaan.
Perkara itu merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan termasuk keprihatinan terhadap penderitaan individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.
KPM memaklumkan program berkenaan melibatkan kesemua institusi pendidikan bawah kementerian itu iaitu sekolah, kolej vokasional, matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru di seluruh negara.
Dalam pada itu, memetik laporan portal Borneo Post, Danald mengesahkan memo itu dikeluarkan oleh pihaknya. —- The Merdeka Times