Terkini
Solidariti Palestin di sekolah tidak heret murid dalam konflik antarabangsa – iGuru
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan pertubuhan bukan kerajaan Global Human Rights Federation (GHRF) bahawa pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengheret murid dalam isu konflik antarabangsa di sekolah.

- Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan pertubuhan bukan kerajaan Global Human Rights Federation (GHRF) bahawa pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi bawah KPM akan mengheret murid dalam isu konflik antarabangsa di sekolah.
- Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata ini kerana surat siaran KPM bertarikh 21 Oktober lalu telah pun menjelaskan pelaksanaan program itu bertemakan keamanan dan kemanusiaan tanpa melibatkan unsur yang bersifat agresif dan ekstrem.
- “Tindakan Global Human Rights Federation dan 17 NGO ini boleh menimbulkan provokasi dan menggugat keharmonian dan kesatuan warga guru dan sekolah.”
- “Langkah solidariti ini bertepatan dengan pendirian tegas Kerajaan Malaysia dan ahli Parlimen Malaysia yang bersatu hati menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
- Media melaporkan KPM akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November ini yang bertujuan untuk mendidik murid tentang nilai kemanusiaan.
KUALA LUMPUR —- Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan pertubuhan bukan kerajaan Global Human Rights Federation (GHRF) bahawa pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengheret murid dalam isu konflik antarabangsa di sekolah.
Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata ini kerana surat siaran KPM bertarikh 21 Oktober lalu telah pun menjelaskan pelaksanaan program itu bertemakan keamanan dan kemanusiaan tanpa melibatkan unsur yang bersifat agresif dan ekstrem.
“Tindakan Global Human Rights Federation dan 17 NGO ini boleh menimbulkan provokasi dan menggugat keharmonian dan kesatuan warga guru dan sekolah.
“Langkah solidariti ini bertepatan dengan pendirian tegas Kerajaan Malaysia dan ahli Parlimen Malaysia yang bersatu hati menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin.
“Atas dasar itu pihak iGuru pernah mencadangkan isu Palestin diangkat sebagai satu tema penting di dalam kurikulum pendidikan samada melalui aktiviti ko-akademik atau kokurikulum,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mempertahan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin itu sebagai tanda solidariti dan kebersamaan kemanusiaan sejagat terhadap kezaliman rejim Zionis, Azizee menggesa semua sekolah dan warga guru bersatu hati menyokong perjuangan Palestin.
Beliau juga berharap pelaksanaan program itu dapat mempamerkan wajah kemanusian dan semangat kebersamaan seluruh warga guru Malaysia terhadap perjuangan Palestin serta tanda kesedaran tinggi untuk menerapkan nilai-nilai kefahaman perjuangan berpaksikan prinsip agama yang benar dan manusiawi.
Terbaharu, media melaporkan KPM akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November ini yang bertujuan untuk mendidik murid tentang nilai kemanusiaan.
Perkara itu merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan termasuk keprihatinan terhadap penderitaan individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.
KPM memaklumkan program berkenaan melibatkan kesemua institusi pendidikan bawah kementerian itu iaitu sekolah, kolej vokasional, matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru di seluruh negara. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas