Connect with us

Terkini

Two state solution bukan solusi sebenar konflik Palestin-Israel

Kerajaan perlu memperbetulkan polisi yang menyokong Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan two state solution (solusi dua negara) Palestin-Israel.

A.R. Khan

Published

on

Two state solution bukan solusi sebenar konflik Palestin-Israel
Foto: Sidang Media Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP).

KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu memperbetulkan polisi yang menyokong Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan two state solution (solusi dua negara) Palestin-Israel.

Pengarah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata penyelesaian itu tidak memberi apa-apa makna kerana kesudahannya adalah tetap membahagikan tanah Palestin kepada dua.

Perkara itu ditekankan kerana solusi terbabit sebenarnya satu pemahaman menyimpang dari semangat pembebasan rakyat Palestin yang sebenar. 

“Di antara perkara yang paling kerajaan perlu betulkan adalah polisi kerajaan untuk menyokong polisi OIC berkenaan penyelesaian isu Palestin kepada two state solution, ini merupakan dasar yang masih dipegang oleh kerajaan.

“Selagi dipegang dasar itu, walaupun dikutuk Netanyahu apa semua, penyelesaian akan pergi ke situ, jadi walaupun mungkin kerajaan melaungkan pembebasan Palestin, tapi (apakah) maksud pembebasan Palestin selagi dasar kerajaan tidak berubah, dia akan pergi kepada pemecahan bumi Palestin kepada dua juga!, iaitu satu Israel dan satu lagi Palestin,” katanya dalam sidang media Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin di Anjung Melayu di ibu negara, semalam.

Beliau berkata penyelesaian dikehendaki Palestin adalah pembebasan total penjajah ke atas tanah air mereka.

“Jadi ia (two state solution) tidak akan menyelesaikan masalah, sebab itu kita disini mendesak kerajaan sendiri mengubah polisi ini dan mengubah dasarnya untuk melihat, penyelesaian kepada isu Palestin adalah penyelesaian yang bersifat pembebasan daripada penjajahan,” katanya.

GSPP yang dahulunya disertai 13 NGO kini bergerak bersama lebih 47 NGO dengan objektif membawa naratif seragam dalam memperjuangkan pembebasan mutlak warga Palestin dari penjajahan rejim haram Israel. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Lelaki mohon pengisytiharan sebagai Sikh, tidak pernah beragama Islam

Mengaku dibesarkan dalam kepercayaan Sikh sejak kecil, seorang lelaki berusia 28 tahun merujuk mahkamah sivil untuk membuat pengisytiharan dia tidak pernah beragama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lelaki itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Dis 2023, berhubung dakwaan dia dibesarkan sebagai Sikh oleh arwah ibunya yang mualaf.
  • Menurut afidavit lelaki itu, ibunya, yang meninggal dunia pada 17 Nov 2007, pada mulanya seorang Sikh dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya, seorang Muslim dari Pakistan, pada 8 Ogos 1993.
  • Lelaki itu berkata dia dilahirkan di Malaysia pada 25 Jun 1996, namun ibunya terus membesarkannya sebagai Sikh dan dia terus diajar Sikh pada zaman kanak-kanaknya oleh bapa saudaranya.
  • MAIWP bagaimanapun memohon untuk membatalkan saman itu tanpa dikenakan perbicaraan penuh dengan alasan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan status agama lelaki itu.
  • Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan MAIWP untuk membatalkan permohonan pada 30 Sept.

KUALA LUMPUR — Mengaku dibesarkan dalam kepercayaan Sikh sejak kecil, seorang lelaki berusia 28 tahun merujuk mahkamah sivil untuk membuat pengisytiharan dia tidak pernah beragama Islam.

Lelaki itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Dis 2023, berhubung dakwaan dia dibesarkan sebagai Sikh oleh arwah ibunya yang mualaf.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagaimanapun memohon untuk membatalkan saman itu tanpa dikenakan perbicaraan penuh dengan alasan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan status agama lelaki itu.

Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan MAIWP untuk membatalkan permohonan pada 30 Sept.

Menurut afidavit lelaki itu, ibunya, yang meninggal dunia pada 17 Nov 2007, pada mulanya seorang Sikh dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya, seorang Muslim dari Pakistan, pada 8 Ogos 1993.

Lelaki itu berkata dia dilahirkan di Malaysia pada 25 Jun 1996, namun ibunya terus membesarkannya sebagai Sikh dan dia terus diajar Sikh pada zaman kanak-kanaknya oleh bapa saudaranya.

Penduduk di Setapak, Kuala Lumpur itu berhujah bahawa dia tidak tertakluk kepada undang-undang Islam kerana tidak pernah menganut agama itu dan didikan di rumah adalah mengikut kepercayaan dan doktrin Sikh.

“Sehingga hari ini, saya masih mengamalkan agama Sikh dan kerap melawat kuil Sikh bersama bapa-bapa saudara dan keluarga saya dan meraikan semua perayaan-perayaan dan upacara keagamaan Sikh seperti Vaisakhi, Gurpurab, Akand Paath, Bandi Chor Divas dan Lohri.

“Saya tidak pernah menganut Islam secara rela pada bila-bila masa. Saya tidak pernah berdoa mengikut agama Islam atau melawat masjid.

“Saya tidak pernah merayakan mana-mana perayaan umat Islam atau mengamalkan apa-apa kepercayaan Islam, termasuk hanya mengambil makanan atau minuman halal dan berpuasa.

“Sebaliknya, saya biasanya akan menjadi vegetarian setiap kali saya melawat kuil atau sebelum perayaan Sikh,” katanya dipetik MalaysiaKini hari ini.

Pemohon berpendapat Butiran 1 di bawah “Senarai II-Senarai Negeri” Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang-undang Islam hanya terpakai kepada orang yang “rela menganut agama Islam”.

“Sepanjang hidup saya, apabila dipanggil untuk membuat pengisytiharan lisan tentang agama pilihan saya, saya sentiasa menjawab ‘Sikhisme’,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending