Antarabangsa
Tentera rejim Israel tembak warganya sendiri – Tawanan Hamas
Wanita Israel yang diselamatkan dalam serangan kumpulan pembebasan Palestin, Hamas di sempadan Gaza 7 Oktober lalu mendakwa beliau “tidak meragui” ada tawanan warga Israel yang dibunuh tentera rejim zionis sendiri.
- Wanita Israel yang diselamatkan dalam serangan kumpulan pembebasan Palestin, Hamas di sempadan Gaza 7 Oktober lalu mendakwa beliau “tidak meragui” ada tawanan warga Israel yang dibunuh tentera rejim zionis sendiri.
- Yasmin Porat, wanita yang turut berada dalam festival muzik digempur Hamas pada hari serangan itu berkata, perkara tersebut berlaku apabila tentera Israel berbalas tembakan dengan pejuang Hamas di Kibbutz Be’eri.
- Wanita berusia 44 tahun itu turut menjelaskan tentera Israel melepaskan tembakan rambang tanpa mempedulikan sasarannya sama ada pejuang Hamas atau tawanan warga Israel.
- “Mereka (tentera Israel) membunuh semua orang, termasuk tebusan (penduduk Israel),” kata Yasmin dipetik Electronic Intifada.
- Rakaman wawancaranya itu diterbitkan program radio Haboker Hazeh (“Pagi Ini”), yang dihoskan Aryeh Golan, disiarkan radio penyiaran awam Israel, Kan, yang kini tular di media sosial.
Wanita Israel yang diselamatkan dalam serangan kumpulan pembebasan Palestin, Hamas di sempadan Gaza 7 Oktober lalu mendakwa beliau “tidak meragui” ada tawanan warga Israel yang dibunuh tentera rejim zionis sendiri.
Yasmin Porat, wanita yang turut berada dalam festival muzik digempur Hamas pada hari serangan itu berkata, perkara tersebut berlaku apabila tentera Israel berbalas tembakan dengan pejuang Hamas di Kibbutz Be’eri.
Wanita berusia 44 tahun itu turut menjelaskan tentera Israel melepaskan tembakan rambang tanpa mempedulikan sasarannya sama ada pejuang Hamas atau tawanan warga Israel.
Rakaman wawancaranya itu diterbitkan program radio Haboker Hazeh (“Pagi Ini”), yang dihoskan Aryeh Golan, disiarkan radio penyiaran awam Israel, Kan, yang kini tular di media sosial.
“Mereka (tentera Israel) membunuh semua orang, termasuk tebusan (penduduk Israel),” kata Yasmin dipetik Electronic Intifada.
Wanita itu turut menjelaskan situasi pertempuran itu; “berlakunya tembakan balas yang sangat, sangat berat.”
Beberapa jam sebelum kemunculan tentera Israel, Yasmin berkata dia dan tawanan lain dilayan dengan penuh perikemanusiaan oleh pejuang Hamas.
Golan bertanya: “Dengan perikemanusiaan? benar?”
Yasmin: “Ya, dengan itu saya maksudkan mereka melindungi kami. Mereka berikan air untuk diminum. Bila mereka nampak kami cemas, mereka menenangkan kami. Ia menakutkan tetapi tiada siapa yang berlaku ganas terhadap kami. Mujur tiada apa yang berlaku kepada saya seperti dilaporkan di media (media Israel/barat sebelum ini)”.
Golan turut bertanya kepada Yasmin apakah mayat yang dilihat bergelimpangan di lokasi itu disebabkan tembakan dari pejuang Hamas? Beliau menjawab tidak, tetapi ia disebabkan tembakan silang (cross-fire) yang berlaku.
Pada 7 Oktober lalu, Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa, serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.
Menurut laporan Al Jazeera, serangan udara dilancarkan Israel di wilayah Palestin kini menyebabkan lebih 2,800 orang terbunuh, manakala WHO memberi amaran semalam bahawa bekalan air, elektrik dan petrol di Gaza dianggarkan hanya berbaki untuk 24 jam.
Sumber:The Electronic Intifada