Terkini
Kebakaran hutan berkurangan, Tiada jerebu rentas sempadan ke Malaysia – Menteri Alam Sekitar Indonesia
Kebakaran hutan di beberapa bahagian di Indonesia telah berkurangan dan tiada jerebu rentas sempadan dikesan di Malaysia, kata Menteri Alam Sekitar Indonesia hari ini.
- Kebakaran hutan di beberapa bahagian di Indonesia berkurangan dan tiada jerebu rentas sempadan dikesan di Malaysia, kata Menteri Alam Sekitar Indonesia hari ini.
- Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Kuala Lumpur menggesa jirannya mengambil tindakan berikutan kualiti udara semakin teruk.
- “Saya tidak tahu asas apa yang Malaysia gunakan dalam memberikan kenyataan itu. Kami bekerja bukan berdasarkan permintaan Malaysia,” kata Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya kepada Reuters.
JAKARTA: Kebakaran hutan di beberapa bahagian di Indonesia telah berkurangan dan tiada jerebu rentas sempadan dikesan di Malaysia, kata Menteri Alam Sekitar Indonesia hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Kuala Lumpur menggesa jirannya mengambil tindakan berikutan kualiti udara semakin teruk.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam temu bual dengan Reuters berkata beliau telah meminta rakan sejawatannya dari Indonesia untuk menangani jerebu, memandangkan kualiti udara semakin teruk.
Beliau berkata jerebu tidak sepatutnya menjadi normal baharu.
“Saya tidak tahu asas apa yang Malaysia gunakan dalam memberikan kenyataan itu. Kami bekerja bukan berdasarkan permintaan Malaysia,” kata Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya kepada Reuters.
Kebakaran yang menyebabkan jerebu di seluruh wilayah pada 2015 dan 2019 membakar jutaan hektar tanah dan menghasilkan pelepasan yang memecahkan rekod, menurut saintis.
Hampir setiap kali musim kemarau, asap daripada kebakaran untuk pembukaan tanah ladang kelapa sawit dan pulpa dan kertas di Indonesia menyelubungi sebahagian besar wilayah itu, membawa risiko kepada kesihatan awam dan operator pelancongan dan syarikat penerbangan.
Menteri Indonesia juga berkata jumlah kebakaran hutan di beberapa bahagian di Sumatera dan Borneo berkurangan dan kerajaan terus berusaha memadamkan kebakaran.
Kenyataan beliau dibuat ketika menteri pertanian dan perhutanan Asia Tenggara bersetuju untuk mengambil tindakan kolektif untuk meminimumkan dan akhirnya menghapuskan pembakaran tanaman di rantau ini.
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat ASEAN di Malaysia, anggota pertubuhan mengiktiraf “kesan buruk alam sekitar dan kesihatan akibat amalan pembakaran tanaman,” dan komited untuk mengurangkan dan menghapuskannya secara kolektif.
Sumber: Berita Harian