Terkini
Rakyat Malaysia sepakat tolak LGBT – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan undang-undang dan rakyat di negara ini tidak mengira agama mencapai kesepakatan tidak menerima golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan undang-undang dan rakyat di negara ini tidak mengira agama mencapai kesepakatan tidak menerima golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
- Anwar menerusi wawancara dengan Amanpour yang berlangsung di New York disiarkan CNN pada Sabtu, berkata sudah tentu beliau perlu menghormati undang-undang dan konsensus rakyat.
- Beliau ditanya mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merampas koleksi jam tangan pelangi Swatch bagi meraikan golongan LGBT dalam serbuan pada 13 dan 14 Mei lalu yang mana mereka didapati menjual dan memakainya berdepan hukuman penjara tiga tahun.
- “Saya tidak akan mempertahankan tindakan itu, ia adalah berlebihan, tetapi undang-undang, (rakyat) beragama Islam dan bukan Islam, Kristian Hindu Buddha mereka menyatakan mereka konsensus, di negara ini mereka tidak menerima (LGBT),” katanya.
- Disoal lanjut sama ada beliau hendak melihat perubahan (terhadap undang-undang) Anwar berkata, “Sudah tentu, tetapi undang-undang dan konsensus rakyat saya perlu hormati tetapi isu itu tidak boleh dilihat sebagai gangguan (kepada golongan LGBT).”
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan undang-undang dan rakyat di negara ini tidak mengira agama mencapai kesepakatan tidak menerima golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
Anwar menerusi wawancara dengan Amanpour yang berlangsung di New York disiarkan CNN pada Sabtu, berkata sudah tentu beliau perlu menghormati undang-undang dan konsensus rakyat.
Beliau ditanya mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merampas koleksi jam tangan pelangi Swatch bagi meraikan golongan LGBT dalam serbuan pada 13 dan 14 Mei lalu yang mana mereka didapati menjual dan memakainya berdepan hukuman penjara tiga tahun.
“Saya tidak akan mempertahankan tindakan itu, ia adalah berlebihan, tetapi undang-undang, (rakyat) beragama Islam dan bukan Islam, Kristian Hindu Buddha mereka menyatakan mereka konsensus, di negara ini mereka tidak menerima (LGBT).
“Dalam isu jam tangan Swatch, tiada sebarang pertuduhan yang dikenakan.
“Akhirnya kita harus menghormati sentimen umum rakyat Malaysia,” katanya.
Disoal lanjut sama ada beliau hendak melihat perubahan (terhadap undang-undang) Anwar berkata, “Sudah tentu, tetapi undang-undang dan konsensus rakyat saya perlu hormati tetapi isu itu tidak boleh dilihat sebagai gangguan (kepada golongan LGBT).”
Anwar berkata isu berhubung gangguan terhadap golongan LGBT susulan tindakan itu, adalah perkara berbeza dan menyatakan beliau tidak membenarkan sebarang percubaan untuk mengganggu golongan terbabit.
Ditanya sama ada beliau mesti sensitif terhadap isu itu kerana pernah berdepan pendakwaan liwat terhadapnya, Anwar berkata beliau sudah menyatakan dengan jelas terdapat keperluan menyemak dan melihat kepada undang-undang serta ia tidak sepatutnya disalah guna.
Katanya, ia tidak boleh sesekali digunakan bagi sebarang kes yang bertujuan penganiayaan politik seperti pertuduhan liwat yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Disoal lanjut sama ada dasar ‘jangan tanya, jangan beritahu’ diterima rakyat negara ini, Anwar berkata,” Tidak semestinya, tetapi saya fikir kita harus bertolak ansur di sini, isu terhadap LGBT adalah gangguan, yang saya fikir kita perlu elakkan.”
Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Sumber: Berita Harian