Antarabangsa
Larangan pemakaian ‘abaya’ langgar prinsip sekularisme Perancis
Seorang pendakwa raya mewakili tiga kesatuan institusi pendidikan Perancis memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Perancis baru-baru ini yang menyokong pengharaman ‘abaya’.
- Seorang pendakwa raya mewakili tiga kesatuan institusi pendidikan Perancis memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Perancis baru-baru ini yang menyokong pengharaman ‘abaya’.
- Pendakwa raya itu berkata abaya bukan pakaian agama, malah larangan ke atas pemakaian jubah longgar itu, yang dipakai sebilangan pelajar wanita Muslim, melanggar prinsip sekularisme.
- Middle East Monitor melaporkan tiga kesatuan institusi pendidikan yang memfailkan rayuan terhadap penghakiman Majlis Negara pada 7 September lalu itu ialah Sud Education Paris, La Voix Lyceenne dan Le Poing Leve Lycee.
- Peguam mewakili kesatuan terbabit, Clara Gandin telah meminta penangguhan perintah awal semasa perbicaraan Mahkamah pada Selasa lalu.
- Terdahulu, pihak berkuasa Perancis menguatkuasakan larangan pemakaian ‘abaya’ atau jubah longgar itu dalam kalangan pelajar sekolah di seluruh negara bermula 4 September lalu.
Seorang pendakwa raya mewakili tiga kesatuan institusi pendidikan Perancis memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Perancis baru-baru ini yang menyokong pengharaman ‘abaya’.
Pendakwa raya itu berkata abaya bukan pakaian agama, malah larangan ke atas pemakaian jubah longgar itu, yang dipakai sebilangan pelajar wanita Muslim, melanggar prinsip sekularisme.
Middle East Monitor melaporkan tiga kesatuan institusi pendidikan yang memfailkan rayuan terhadap penghakiman Majlis Negara pada 7 September lalu itu ialah Sud Education Paris, La Voix Lyceenne dan Le Poing Leve Lycee.
Peguam mewakili kesatuan terbabit, Clara Gandin telah meminta penangguhan perintah awal semasa perbicaraan Mahkamah pada Selasa lalu.
Memberitahu agensi berita Anadolu, Clara berkata persepsi orang ramai terhadap abaya adalah ia bukan pakaian agama.
Beliau juga memetik ahli sejarah sekular, pakar budaya Islam dan pihak berkuasa agama untuk menyokong dakwaannya.
Clara berkata Menteri Pendidikan Perancis, Gabriel Attal telah meletakkan dirinya sebagai pihak berkuasa agama dengan menentukan sama ada sehelai pakaian itu bersifat keagamaan atau tidak.
Peguam itu berkata perkara terbabit melanggar prinsip sekularisme kerana hanya pelajar yang beragama Islam atau yang dianggap Muslim, tidak dibenarkan memakai abaya di sekolah.
Terdahulu, pihak berkuasa Perancis menguatkuasakan larangan pemakaian ‘abaya’ atau jubah longgar itu dalam kalangan pelajar sekolah di seluruh negara bermula 4 September lalu.
Sumber: Middle East Monitor