Terkini
Duit i-Lestari hilang sekelip mata
Seorang jurujual kerugian RM10,000 apabila wang yang dikeluarkan dari kemudahan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lesap dari akaun banknya.

- Seorang jurujual kerugian RM10,000 apabila pengeluaran wang melalui kemudahan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hilang dari akaun banknya.
- Wang itu hilang dalam tempoh sehari selepas dikreditkan ke akaun banknya pada 21 April tahun lepas.
- “Hasil semakan transaksi, saya dapati akaun bank tidak dikenali itu telah membuat permohonan untuk pengeluaran wang dari akaun saya dan sebaik sahaja wang itu masuk ke akaun saya, ia terus dipindahkan ke akaun orang yang tidak dikenali,” kata Cheong Choon Yip, 33.
PETALING JAYA – Seorang jurujual kerugian RM10,000 apabila wang yang dikeluarkan dari kemudahan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lesap dari akaun banknya.
Cheong Choon Yip, 33, berkata, “Wang RM10,000 itu masuk ke akaun bank saya pada 21 April 2021 dan pada hari sama juga ia dipindahkan ke satu akaun yang saya tidak kenali”.
“Hasil semakan transaksi, saya dapati akaun bank tidak dikenali itu telah membuat permohonan untuk pengeluaran wang dari akaun saya dan sebaik sahaja wang itu masuk ke akaun saya, ia terus dipindahkan ke akaun orang yang tidak dikenali,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini pada Isnin.
Pada 25 April 2021, Choon Yip telah membuat semakan transaksi dan menyedari i-Lestarinya tiada di dalam akaun banknya
Katanya, “Saya kemudian membuat laporan kepada bank dan apabila pihak bank menghubungi pemilik akaun tersebut, dia mendakwa saya membeli iPhone dengannya sedangkan saya tidak berbuat demikian.”
Susulan itu beliau membuat laporan polis pada 26 April tahun yang sama namun tiada perkembangan kes sehingga kini.
Sebelum ini, telah didedahkan bahawa simpanan Tabung Haji bernilai RM98,900 berjaya dikeluarkan oleh penipu yang berjaya memancing maklumat peribadi pencarum.
Kata beliau lagi, “Jika tabung simpanan seumur hidup rakyat dalam KWSP untuk tujuan persaraan dan caruman Tabung Haji untuk menunaikan haji juga boleh dilesapkan, apatah lagi simpanan lain dalam bank dan e-dompet”.
Sumber : Sinar Harian

You must be logged in to post a comment Login