Terkini
Berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim diarah pulang kerana memakai ‘abaya’
Sekolah awam Perancis menghantar berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan ‘abaya’ mereka pada hari pertama tahun persekolahan, kata Menteri Pendidikan Gabriel Attal.
- Sekolah awam Perancis menghantar berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan ‘abaya’ mereka pada hari pertama tahun persekolahan, kata Menteri Pendidikan Gabriel Attal.
- Abaya ialah jubah labuh longgar yang dipakai sebilangan pelajar perempuan Muslim.
- Attal pada Selasa memberitahu syarikat penyiar BFM bahawa hampir 300 pelajar Muslim hadir kes sekolah pada pagi Isnin dengan memakai abaya menentang larangan terhadap pakaian itu yang disifatkan sebagai simbol agama.
- Kebanyakan pelajar terbabit bersetuju menukar pakaian itu, namun 67 enggan berbuat demikian dan disuruh pulang, katanya dipetik AlJazeera.
- Kerajaan Perancis pada bulan lalu mengumumkan ia mengharamkan pemakaian abaya di sekolah dengan mengatakannya melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan yang merupakan larangan paparan pegangan agama.
Sekolah awam Perancis menghantar berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan ‘abaya’ mereka pada hari pertama tahun persekolahan, kata Menteri Pendidikan Gabriel Attal.
Abaya ialah jubah labuh longgar yang dipakai sebilangan pelajar perempuan Muslim.
Attal pada Selasa memberitahu syarikat penyiar BFM bahawa hampir 300 pelajar Muslim hadir kes sekolah pada pagi Isnin dengan memakai abaya menentang larangan terhadap pakaian itu yang disifatkan sebagai simbol agama.
Kebanyakan pelajar terbabit bersetuju menukar pakaian itu, namun 67 enggan berbuat demikian dan disuruh pulang, katanya dipetik AlJazeera.
Kerajaan Perancis pada bulan lalu mengumumkan ia mengharamkan pemakaian abaya di sekolah dengan mengatakannya melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan yang merupakan larangan paparan pegangan agama.
Tindakan itu menggembirakan golongan politik berhaluan kanan tetapi golongan kiri yang keras berpendapat ia mewakili penghinaan terhadap kebebasan awam.
Menteri berusia 34 tahun itu berkata, gadis-gadis yang tidak dibenarkan masuk ke sekolah pada hari Isnin telah diberikan surat untuk ditujukan kepada keluarga mereka yang mengatakan “sekularisme bukan kekangan, ia adalah kebebasan”.
Jika mereka muncul di sekolah sekali lagi memakai jubah itu akan ada “dialog baru”.
Attal berkata dia memihak kepada percubaan pakaian seragam sekolah atau kod berpakaian di tengah-tengah perdebatan mengenai larangan itu.
Pakaian seragam tidak diwajibkan di sekolah Perancis sejak 1968 tetapi kerap kembali dalam agenda politik, sering didesak oleh ahli politik konservatif dan sayap kanan.
Attal berkata beliau akan menyediakan jadual waktu akhir tahun ini untuk menjalankan percubaan pakaian seragam dengan mana-mana sekolah yang bersetuju mengambil bahagian.
“Saya tidak fikir pakaian sekolah adalah penyelesaian ajaib yang menyelesaikan semua masalah yang berkaitan dengan gangguan, ketidaksamaan sosial atau sekularisme,” katanya.
Attal berkata tiada individu yang harus masuk ke dalam kelas dengan memakai sesuatu yang dapat menunjukkan agama mereka.
Sumber: Al Jazeera