Connect with us

Terkini

Berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim diarah pulang kerana memakai ‘abaya’

Sekolah awam Perancis menghantar berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan ‘abaya’ mereka pada hari pertama tahun persekolahan, kata Menteri Pendidikan Gabriel Attal.

Wartawan TMT

Published

on

Berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim diarah pulang kerana memakai 'abaya'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekolah awam Perancis menghantar berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan ‘abaya’ mereka pada hari pertama tahun persekolahan, kata Menteri Pendidikan Gabriel Attal.
  • Abaya ialah jubah labuh longgar yang dipakai sebilangan pelajar perempuan Muslim.
  • Attal pada Selasa memberitahu syarikat penyiar BFM  bahawa hampir 300 pelajar Muslim hadir kes sekolah pada pagi Isnin dengan memakai abaya menentang larangan terhadap pakaian itu yang disifatkan sebagai simbol agama.
  • Kebanyakan pelajar terbabit bersetuju menukar pakaian itu, namun 67 enggan berbuat demikian dan disuruh pulang, katanya dipetik AlJazeera.
  • Kerajaan Perancis pada bulan lalu mengumumkan ia mengharamkan pemakaian abaya di sekolah dengan mengatakannya melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan yang merupakan larangan paparan pegangan agama.

Sekolah awam Perancis menghantar berpuluh-puluh pelajar perempuan Muslim pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan ‘abaya’ mereka pada hari pertama tahun persekolahan, kata Menteri Pendidikan Gabriel Attal.

Abaya ialah jubah labuh longgar yang dipakai sebilangan pelajar perempuan Muslim.

Attal pada Selasa memberitahu syarikat penyiar BFM  bahawa hampir 300 pelajar Muslim hadir kes sekolah pada pagi Isnin dengan memakai abaya menentang larangan terhadap pakaian itu yang disifatkan sebagai simbol agama.

Kebanyakan pelajar terbabit bersetuju menukar pakaian itu, namun 67 enggan berbuat demikian dan disuruh pulang, katanya dipetik AlJazeera.

Kerajaan Perancis pada bulan lalu mengumumkan ia mengharamkan pemakaian abaya di sekolah dengan mengatakannya melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan yang merupakan larangan paparan pegangan agama.

Tindakan itu menggembirakan golongan politik berhaluan kanan tetapi golongan kiri yang keras berpendapat ia mewakili penghinaan terhadap kebebasan awam.

Menteri berusia 34 tahun itu berkata, gadis-gadis yang tidak dibenarkan masuk ke sekolah pada hari Isnin telah diberikan surat untuk ditujukan kepada keluarga mereka yang mengatakan “sekularisme bukan kekangan, ia adalah kebebasan”.

Advertisement

Jika mereka muncul di sekolah sekali lagi memakai jubah itu akan ada “dialog baru”. 

Attal berkata dia memihak kepada percubaan pakaian seragam sekolah atau kod berpakaian di tengah-tengah perdebatan mengenai larangan itu.

Pakaian seragam tidak diwajibkan di sekolah Perancis sejak 1968 tetapi kerap kembali dalam agenda politik, sering didesak oleh ahli politik konservatif dan sayap kanan.

Attal berkata beliau akan menyediakan jadual waktu akhir tahun ini untuk menjalankan percubaan pakaian seragam dengan mana-mana sekolah yang bersetuju mengambil bahagian.

“Saya tidak fikir pakaian sekolah adalah penyelesaian ajaib yang menyelesaikan semua masalah yang berkaitan dengan gangguan, ketidaksamaan sosial atau sekularisme,” katanya.

Attal berkata tiada individu yang harus masuk ke dalam kelas dengan memakai sesuatu yang dapat menunjukkan agama mereka.

Advertisement

Sumber: Al Jazeera

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending