Antarabangsa
Pengkaji syorkan 22 tahun had minima pembelian produk tembakau
Pengkaji mengesyorkan supaya orang muda dilarang dari membeli produk tembakau sehingga umur mereka mencecah 22 tahun.
- Pengkaji mengesyorkan supaya orang muda dilarang dari membeli produk tembakau sehingga umur mereka mencecah 22 tahun.
- Saintis mendapati mereka yang memulakan tabiat merokok sebelum berumur 20 tahun lebih susah berhenti merokok dan kenaikan umur minimum itu boleh mengurangkan kebergantungan mereka kepada nikotin.
- Kajian itu dilakukan ke atas 1,382 perokok yang melawat sebuah klinik yang membantu individu berhenti merokok di Kyoto, Jepun.
- Pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan umur mereka mula merokok, samada sebelum berumur 20 tahun atau setelah mencapai umur 20 tahun dan ke atas.
- Mereka semua melengkapkan ujian Fagerstrom yang menilai keamatan ketagihan nikotin terhadap fizikal seorang perokok.
Pengkaji mengesyorkan supaya orang muda dilarang dari membeli produk tembakau sehingga umur mereka mencecah 22 tahun.
Saintis mendapati mereka yang memulakan tabiat merokok sebelum berumur 20 tahun lebih susah berhenti merokok dan kenaikan umur minimum itu boleh mengurangkan kebergantungan mereka kepada nikotin.
Kajian itu dilakukan ke atas 1,382 perokok yang melawat sebuah klinik yang membantu individu berhenti merokok di Kyoto, Jepun.
Pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan umur mereka mula merokok, samada sebelum berumur 20 tahun atau setelah mencapai umur 20 tahun dan ke atas.
Mereka semua melengkapkan ujian Fagerstrom yang menilai keamatan ketagihan nikotin terhadap fizikal seorang perokok bersama beberapa soalan.
Kira-kira 556 perokok bermula sebelum berumur 20 tahun bersamaan had umur merokok di Jepun, manakala 826 yang lain bermula setelah mencecah 20 tahun.
Bagi yang bermula awal, kajian menunjukkan 46 peratus berjaya berhenti merokok, manakakala bagi yang mula merokok pada usia 20 tahun ke atas adalah 56 peratus.
Kajian itu dibentangkan di Kongres Kardiologi Persatuan Eropah di Amsterdam.
Dr Koji Hasegawa dari Hospital Kebangsaan Pusat Perubatan Organisasi Kyoto dipetik Daily Mail sebagai berkata, “merokok awal dikaitkan dengan ketergantungan tinggi terhadap nikotin, walaupun bagi umur muda dewasa.
“Kajian itu menunjukkan bahawa meningkatkan had umur membeli keluaran tembakau kepada 22 tahun atau lebih dewasa boleh mengurangkan jumlah individu ketagihan nikotin yang juga bakal berdepan risiko kesihatan yang serius”.
Sumber: Daily Mail