Terkini
‘Islamofobia’ bukan Islam perlu dibendung demi keluhuran Perlembagaan – Haniff Khatri
‘Islamofobia’ songsang dan salah melibatkan sekelompok kecil masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dibendung demi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.
- ‘Islamofobia’ songsang dan salah melibatkan sekelompok kecil masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dibendung demi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.
- Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla berkata perkara itu sekiranya tidak ditangani dikhuatiri akan menyebabkan beberapa pihak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kuasa mereka walaupun ia tidak membabitkan hak agama pihak terbabit.
- “Sekarang ini saya berpendapat segolongan kecil sahabat-sahabat kita rakyat Malaysia yang bukan Islam beranggapan salah tentang kedudukan Islam dan keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang dari sudut dan isu agama Islam, sampaikan ke tahap seolah-olah terdapat satu konsep atau fahaman Islamofobia yang salah di dalam minda rakyat Malaysia sendiri,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Facebook pada Sabtu lalu.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas dua isu yang berlaku baru-baru ini iaitu yang pertama membabitkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan pemuda India yang berlaku secara sukarela, namun dipertikaikan beberapa pihak bukan Islam.
- Isu kedua berkaitan Kementerian Pendidikan yang ingin melaksanakan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi membabitkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
KUALA LUMPUR — ‘Islamofobia’ songsang dan salah melibatkan sekelompok kecil masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dibendung demi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.
Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla berkata perkara itu sekiranya tidak ditangani dikhuatiri akan menyebabkan beberapa pihak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kuasa mereka walaupun ia tidak membabitkan hak agama pihak terbabit.
“Sekarang ini saya berpendapat segolongan kecil sahabat-sahabat kita rakyat Malaysia yang bukan Islam beranggapan salah tentang kedudukan Islam dan keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang dari sudut dan isu agama Islam, sampaikan ke tahap seolah-olah terdapat satu konsep atau fahaman Islamofobia yang salah di dalam minda rakyat Malaysia sendiri.
“Dan saya perlu tekankan di sini, kerana sekiranya perkara ini tidak ditangani maka kita akan ada satu keadaan di mana ada orang kurang faham konsep keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, tidak menghormati kandungan Perlembagaan akan membuat kenyataan-kenyataan yang bukan bidang kuasa mereka untuk buat kenyataan sedangkan isu itu tidak membabitkan hak agama mereka,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Facebook pada Sabtu lalu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dua isu yang berlaku baru-baru ini iaitu yang pertama membabitkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan pemuda India yang berlaku secara sukarela, namun dipertikaikan beberapa pihak bukan Islam.
Isu kedua berkaitan Kementerian Pendidikan yang ingin melaksanakan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi membabitkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
Mengulas lanjut, beliau berkata kefahaman yang salah itu menyalahi konsep keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang mengikat semua rakyat Malaysia, tanpa mengira agama dan bangsa, sepertimana diumumkan pelbagai keputusan Mahkamah yang masih sah dan wujud dalam tafsiran Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, sekiranya kefahaman yang salah itu tidak diperbetulkan, maka ia boleh menjadi barah dan kudis yang mengancam dan mencabar kesejahteraan masyarakat dan perpaduan negara.
Peguam kanan itu turut menyarankan kelompok terbabit agar membaca dan memahami penghakiman mahkamah sebelum membuat sebarang kenyataan ataupun komen, untuk mengelakkan terbitnya komen berbaur Islamofobia sesat dan salah. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Haniff Khatri