Connect with us

Terkini

Amat janggal halang PM Islamkan individu – Dr Zulkifli Al-Bakri

Amat janggal bagi seorang Perdana Menteri yang beragama Islam dan sebagai ketua dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dihalang untuk mengislamkan seseorang individu.

Wartawan TMT

Published

on

Amat janggal halang PM Islamkan individu – Dr Zulkifli Al-Bakri
Foto: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri).
  • Amat janggal bagi seorang Perdana Menteri yang beragama Islam dan sebagai ketua dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dihalang untuk mengislamkan seseorang individu.
  • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tegahan juga janggal kerana Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
  • “Maka, hujah untuk menyatakan ‘ia bukan kerja Perdana Menteri’ adalah tertolak sama sekali,” kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.
  • Zulkifli berkata, melalui Riwayat al-Bukhari (1496) dan Muslim (19), mengislamkan seorang merupakan pekerjaan mulia kerana ia juga merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah.
  • Katanya, bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pernah melakukannya pada tahun 1973.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah beberapa kali mengislamkan saudara baharu semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri (1978) mahupun selepas beliau bersara (2022).

KUALA LUMPUR – Amat janggal bagi seorang Perdana Menteri yang beragama Islam dan sebagai ketua dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dihalang untuk mengislamkan seseorang individu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tegahan juga janggal kerana Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Malah Perdana Menteri juga mendapat nasihat daripada Mufti Wilayah Persekutuan dari sudut Hukum Syarak dan nasihat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dari sudut tadbir urus hal ehwal Islam.

“Maka, hujah untuk menyatakan ‘ia bukan kerja Perdana Menteri’ adalah tertolak sama sekali,” kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.

Zulkifli menyediakan jawapan berhubung isu tersebut selepas dihubungi oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk mendapatkan penjelasan berkenaan bagi rancangan Keluar Sekejap.

Beberapa pihak sebelum ini mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bertindak mengislamkan seorang mualaf baru-baru ini yang dianggap sebagai bukan kerja Perdana Menteri.

Zulkifli berkata, melalui Riwayat al-Bukhari (1496) dan Muslim (19), mengislamkan seorang merupakan pekerjaan mulia kerana ia juga merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah.

“Saya dimaklumkan, pengislaman yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri adalah permintaan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Klang, Tuan Haji Hushim Salleh.

“Apabila ada permintaan, tidak wajar ia ditangguhkan malah berdosa hukumnya jika dilewat-lewatkan,” katanya.

Zulkifli melahirkan sokongan sekiranya ada pemimpin negara atau negeri mengislamkan mereka yang ingin memeluk Islam dengan sukarela tanpa sebarang paksaan.

Katanya, bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pernah melakukannya pada tahun 1973.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah beberapa kali mengislamkan saudara baharu semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri (1978) mahupun selepas beliau bersara (2022).

Zulkifli bagaimanapun mengingatkan bahawa sejak awal zaman Islam, Rasulullah SAW tidak pernah memaksa mana-mana bukan Muslim untuk memeluk agama Islam.

Para sahabat yang memeluk Islam, menganutnya atas kehendak hati mereka tanpa ada sedikit pun paksaan.

Ini kerana pemaksaan bertentangan dengan prinsip dasar Islam sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 256 yang bermaksud, “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).”

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending