Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Tekad sokong Palestin, Bella Hadid tidak takut kehilangan kerjaya modellingnya

Supermodel kacukan Belanda-Palestin, Bella Hadid menegaskan yang dia tidak takut kehilangan kerja ‘modelling’ demi meneruskan sokongannya kepada Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tekad sokong Palestin, Bella Hadid tidak takut kehilangan kerjaya modellingnya
Foto: Bella Hadid.
  • Supermodel kacukan Belanda-Palestin, Bella Hadid tidak takut kehilangan kerja sebagai seorang model demi meneruskan sokongannya terhadap Palestin.
  • “Banyak syarikat sudah menghentikan kerjasama mereka dengan saya… Ada juga kawan-kawan yang sudah mula menjauhi saya,” katanya dalam temubual bersama aktor Mesir-Amerika, Ramy Youssef untuk majalah GQ.
  • Bella, 25, turut mendedahkan tentang latar belakang Islam dan Arabnya serta sokongannya yang berterusan kepada perjuangan Palestin.
  • “Saya ingin membesar bersama ayah di sisi setiap hari dan belajar untuk lebih mendalami Islam serta mengamalkan gaya hidup seorang Muslim secara normal. Tetapi itu bukanlah apa yang saya dapat,” kata supermodel pro-Palestin itu.

Supermodel kacukan Belanda-Palestin, Bella Hadid menegaskan yang dia tidak takut kehilangan kerja ‘modelling’ demi meneruskan sokongannya kepada Palestin.

Dalam satu temubualnya bersama pelakon Mesir-Amerika, Ramy Youssef untuk majalah GQ, model berusia 25 tahun itu mendedahkan tentang latar belakang Islam dan Arabnya serta sokongan berterusannya kepada perjuangan Palestin.

“Banyak syarikat sudah menghentikan kerjasama mereka dengan saya… Ada juga kawan-kawan yang sudah mula menjauhi saya,” katanya.

Bella turut berkongsi kisah penceraian ibu bapanya pada 2000 semasa dia terpaksa berpindah ke California dan merasa bagaikan “tersingkir” dari keluarga Palestinnya.

“Sudah lama saya merindui sisi hidup saya yang itu (asal usulnya sebagai warga Palestin) dan saya sangat sedih dan sunyi,” katanya ditanya mengenai asal usul keturunannya.

“Saya ingin membesar bersama ayah di sisi setiap hari dan belajar untuk lebih mendalami Islam serta mengamalkan gaya hidup seorang Muslim secara normal. Tetapi itu bukanlah apa yang saya dapat,” kata supermodel pro-Palestin itu.

Sepertimana warga Palestin lain yang menjadi pelarian, keluarga bapanya melarikan diri dari Palestin pada 1948 selepas diusir rejim zionis. 

Umat Islam mengenai insiden berlaku pada 1948 itu merujuk kepada peristiwa “Nakba” di mana lebih 700,000 rakyat Palestin diusir keluar dari negara mereka serta 500 kampung dimusnahkan rejim zionis haram.

Mengulas mengenai bagaimana sokongan terhadap Palestin mempengaruhi kerjayanya, Bella berkata, “saya sedar bahawa saya tidak dilahirkan untuk menjadi model semata-mata. Saya berasa amat bertuah berada dalam kedudukan saya sekarang yang bebas menyuarakan pendapat serta membuat sesuatu tindakan. Lagipun, apa itu kejatuhan? Setakat kehilangan kerjaya sahaja?

“Apabila bercakap tentang Palestin, saya akan dilabel seperti sesuatu yang bukan diri saya. Tetapi jika saya bercakap tentang sesuatu (kezaliman) yang berlaku di tempat lain, saya akan disanjung pula. Jadi, apa perbezaannya?,” katanya.

Sumber: Land Palestine

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *