Antarabangsa
Kanak-kanak pra-sekolah empat tahun didedahkan kepada buku LGBT
Tindakan petugas pra-sekolah di England bertindak menunjukkan buku mengenai gay (lelaki atau wanita homoseksual) bertajuk ‘Grandad’s Pride’ kepada kanak-kanak berumur empat tahun menimbulkan kecaman ibu bapa di tadika terbabit.
- Tindakan petugas pra-sekolah di England bertindak menunjukkan buku mengenai gay (lelaki atau wanita homoseksual) bertajuk ‘Grandad’s Pride’ kepada kanak-kanak berumur empat tahun menimbulkan kecaman ibu bapa di tadika terbabit.
- Buku itu antara lain memaparkan ilustrasi seorang lelaki transgender cacat disebabkan pembedahan bersama seorang lelaki tua berpakaian menonjolkan unsur fetisisme.
- Kebimbangan tercetus apabila ibu-bapa pelajar Genesis Preschool di Hull, England, mendapat tahu tentang perkara itu dan salah seorang bapa pelajar mendapati buku itu mengandungi ilustrasi lelaki separuh bogel memakai ‘pakaian dalam jenis kulit bondage’.
- “Kebimbangan utama yang memerlukan perhatian segera adalah kanak-kanak telah didedahkan dengan sekurang-kurangnya dua imej seksual atau erotik seorang lelaki yang tidak sesuai usia, menampilkan unsur-unsur ‘perhambaan / fetisisme / BDSM’,” kata Will Taylor kepada media tempatan dipetik RT.
- Pihak sekolah menyatakan kanak-kanak tidak memahami gambar-gambar itu dan tidak akan tahu bahawa ia berbentuk seksual atau erotika.
Tindakan petugas pra-sekolah di England bertindak menunjukkan buku mengenai gay (lelaki atau wanita homoseksual) bertajuk ‘Grandad’s Pride’ kepada kanak-kanak berumur empat tahun menimbulkan kecaman ibu bapa di tadika terbabit.
Buku itu antara lain memaparkan ilustrasi seorang lelaki transgender cacat disebabkan pembedahan bersama seorang lelaki tua berpakaian menonjolkan unsur fetisisme.
Kebimbangan tercetus apabila ibu-bapa pelajar Genesis Preschool di Hull, England, mendapat tahu tentang perkara itu dan salah seorang bapa pelajar mendapati buku itu mengandungi ilustrasi lelaki separuh bogel memakai ‘pakaian dalam jenis kulit bondage’.
“Kebimbangan utama yang memerlukan perhatian segera adalah kanak-kanak telah didedahkan dengan sekurang-kurangnya dua imej seksual atau erotik seorang lelaki yang tidak sesuai usia, menampilkan unsur-unsur ‘perhambaan / fetisisme / BDSM’,” kata Will Taylor kepada media tempatan dipetik RT.
Taylor berkata dia menghubungi pihak sekolah dengan harapan mereka akan memohon maaf, tetapi sebaliknya berlaku apabila pihak terbabit bertindak mempertahankan tindakan kakitangannya itu.
Pihak sekolah menyatakan kanak-kanak tidak memahami gambar-gambar itu dan tidak akan tahu bahawa ia berbentuk seksual atau erotika.
Memandangkan sekolah membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan buku itu dari sekolah, Taylor dan isterinya nekad mengeluarkan anak perempuan mereka dari sekolah itu.
Buku yang diterbitkan pada awal tahun itu mendorong ibu-bapa untuk berkongsi di media sosial mengenai kandungan dan saranan umur pembaca buku itu yang ditetapkan dari empat hingga lapan tahun.
Sumber: RT