Antarabangsa
Nasionalis Hindu nafi individu pencetus kekecohan di Haryana ahli mereka
Pertubuhan gerakan nasionalis Hindu, Vishva Hindu Parishad (VHP) dan sayap belia nasionalis Hindu, Bajrang Dal (BD) menafikan individu yang ditangkap dengan tuduhan mencetus pergolakan agama di Haryana oleh pihak berkuasa adalah ahli mereka.
- Pertubuhan gerakan nasionalis Hindu, Vishva Hindu Parishad (VHP) dan sayap belia nasionalis Hindu, Bajrang Dal (BD) menafikan individu yang ditangkap dengan tuduhan mencetus pergolakan agama di Haryana oleh pihak berkuasa adalah ahli mereka.
- Individu ditahan itu adalah Presiden kumpulan Gau Raksha Bajrang (kumpulan pelindung lembu) iaitu Raj Kumar, juga dikenali sebagai Bittu Bajrangi, ditahan polis Selasa lalu.
- Dalam kenyataan VHP di platform X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, mereka berkata; “Raj Kumar alias Bittu Bajrangi yang dikatakan (sebagai) pekerja Bajrang Dal, tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan Bajrang Dal.
- “Vishva Hindu Parishad juga tidak menganggap video yang dihasilkan Bajrangi (di media sosial) sebagai sesuatu yang wajar (dilakukan),” katanya dipetik Siasat Daily.
- Enam orang, termasuk dua pengawal dan seorang Imam, terkorban dalam rusuhan antara agama di Nuh pada 31 Julai lalu.
Pertubuhan gerakan nasionalis Hindu, Vishva Hindu Parishad (VHP) dan sayap belia nasionalis Hindu, Bajrang Dal (BD) menafikan individu yang ditangkap dengan tuduhan mencetus pergolakan agama di Haryana oleh pihak berkuasa adalah ahli mereka.
Individu ditahan itu adalah Presiden kumpulan Gau Raksha Bajrang (kumpulan pelindung lembu) iaitu Raj Kumar, juga dikenali sebagai Bittu Bajrangi, ditahan polis Selasa lalu.
Dalam kenyataan VHP di platform X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, mereka berkata; “Raj Kumar alias Bittu Bajrangi yang dikatakan (sebagai) pekerja Bajrang Dal, tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan Bajrang Dal.
“Vishva Hindu Parishad juga tidak menganggap video yang dihasilkan Bajrangi (di media sosial) sebagai sesuatu yang wajar (dilakukan),” katanya dipetik Siasat Daily.
Jurucakap polis berkata Bajrangi akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu berhubung pergolakan agama yang tercetus di Nuh pada 31 Julai lalu.
Seorang pegawai polis senior mendakwa pada hari perarakan keagamaan VHP di Nuh pada 31 Julai lalu, Bajrangi dan kumpulannya menggunakan senjata-senjata haram ketika perarakan mereka di kawasan majoriti Muslim itu.
Enam orang, termasuk dua pengawal dan seorang Imam, terkorban dalam rusuhan yang tercetus pada hari itu.
Sumber: Siasat Daily