Connect with us

Terkini

‘Usaha jadikan ATM seiring organisasi siber pertahanan lain di seluruh dunia’

Kementerian Pertahanan akan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dalam merangka struktur baharu Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan yang membolehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seiring organisasi siber pertahanan lain di seluruh dunia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

'Usaha jadikan ATM seiring organisasi siber pertahanan lain di seluruh dunia'
Foto: Perasmian Program Siber Siaga 2023, hari ini.
  • Kementerian Pertahanan akan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dalam merangka struktur baharu Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan yang membolehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seiring organisasi siber pertahanan lain di seluruh dunia.
  • Timbalan Menterinya, Adly Zahari, berkata Kertas Putih Pertahanan menggariskan keperluan menubuhkan pasukan khas bagi mengendali ancaman siber.
  • Beliau berkata, pada zaman teknologi tanpa sempadan diterajui bidang seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (penggunaan internet pelbagai benda) dan blockchain kini memberi cabaran kepada negara untuk melindungi maklumat penting.
  • “Membina langkah keselamatan siber yang mantap dan memupuk budaya kesedaran keselamatan adalah kritikal. Tanpanya, insiden seperti gangguan dan pelanggaran data akan menghakis integriti serta kredibiliti pertahanan negara, seterusnya boleh mewujudkan ketidakyakinan dalam kalangan pelabur dan rakyat,” katanya berucap merasmikan program Siber Siaga 2023 di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dalam merangka struktur baharu Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan yang membolehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seiring organisasi siber pertahanan lain di seluruh dunia.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari, berkata Kertas Putih Pertahanan menggariskan keperluan menubuhkan pasukan khas bagi mengendali ancaman siber.

Beliau berkata, pada zaman teknologi tanpa sempadan yang diterajui bidang seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (penggunaan internet pelbagai benda) dan blockchain kini memberi cabaran kepada negara untuk melindungi maklumat penting.

“Keselamatan negara juga turut terancam, namun cabaran itu tidak menghalang kita daripada inovasi, sebaliknya seruan untuk mengukuhkan lagi pertahanan.

“Membina langkah keselamatan siber yang mantap dan memupuk budaya kesedaran keselamatan adalah kritikal. Tanpanya, insiden seperti gangguan dan pelanggaran data akan menghakis integriti serta kredibiliti pertahanan negara, seterusnya boleh mewujudkan ketidakyakinan dalam kalangan pelabur dan rakyat,” katanya berucap merasmikan program Siber Siaga 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang serta Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM, Datuk Shamsuddin Ludin.

Sementara itu, Adly berkata, program Siber Siaga bertemakan ‘Mempertahankan Ruang Siber dan Kedaulatan Negara’ itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber, selain meluaskan kerjasama agensi kerajaan, pemain industri, ahli akademik serta komuniti siber.

“Saya berharap platform ini akan menyokong dalam membolehkan kerjasama komprehensif dan inklusif antara sektor, malah idealnya menyumbang kepada konsep pertahanan komprehensif yang menjadi antara tonggak strategik dalam Strategi Pertahanan Malaysia.

“Dalam forum ini, kita mendengar pandangan pakar, pemimpin berwawasan dan pemikir terkemuka yang akan berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *