Connect with us

Terkini

Warga Palestin di Wisma Transit akan dihantar pulang

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Warga Palestin di Wisma Transit
  • Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, kerajaan akan berhubung dengan Kerajaan Mesir untuk mengusahakan penghantaran pulang warga Palestin (yang ada di negara ini).
  • “Hari ini (mesyuarat) Jemaah Menteri dimaklumkan mengenai beberapa perbincangan, koordinasi sedang dilakukan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan.
  • “Mereka akan berhubung dengan Kerajaan Mesir untuk mengusahakan penghantaran pulang warga Palestin (yang ada di negara ini),” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini mengesahkan, insiden kekecohan membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

PUTRAJAYA — Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan sedang menyelaras usaha menghantar pulang warga Palestin yang dibawa ke negara ini bagi menjalani rawatan perubatan.

Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, kerajaan akan berhubung dengan Kerajaan Mesir untuk mengusahakan penghantaran pulang warga Palestin (yang ada di negara ini).

“Hari ini (mesyuarat) Jemaah Menteri dimaklumkan mengenai beberapa perbincangan, koordinasi sedang dilakukan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan.

“Mereka akan berhubung dengan Kerajaan Mesir untuk mengusahakan penghantaran pulang warga Palestin (yang ada di negara ini),” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini mengesahkan, insiden kekecohan membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

Dalam satu kenyataan, ATM memaklumkan bahawa kejadian jam 5 petang itu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik tanpa membabitkan sebarang pergaduhan atau kecederaan dilaporkan.

Namun, berlaku kerosakan kecil pada perabot di WTKL dan insiden itu adalah kejadian kedua yang dilaporkan.

Kejadian sama pernah berlaku pada Oktober tahun lalu.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, biarpun proses untuk menghantar pulang rakyat Palestin sedang berjalan, kerajaan akan meneruskan perkhidmatan perubatan kepada mereka.

“Kerajaan mengambil serius dari segi kebajikan bagi mereka yang dibawa untuk tujuan perubatan di Malaysia,” katanya.

Pada 16 Ogos tahun lalu, Malaysia membawa 127 rakyat Palestin, termasuk 41 individu yang cedera akibat serangan Israel di Gaza, ke negara ini untuk menerima rawatan perubatan.

Mereka yang cedera dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala saudara-mara lain ditempatkan di WTKL.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *