Antarabangsa
Enggan sertai IOF, gadis Israel diugut rogol dan bunuh
Sofia Orr, 18, berkemungkinan menjadi gadis Israel pertama bakal dipenjarakan kerana enggan menyertai perkhidmatan ketenteraan wajib di negara itu disebabkan kepercayaan politiknya, lapor Khaberni pada Ahad.

- Sofia Orr, 18, berkemungkinan menjadi gadis Israel pertama bakal dipenjarakan kerana enggan menyertai perkhidmatan ketenteraan wajib di negara itu disebabkan kepercayaan politiknya, lapor Khaberni pada Ahad.
- “Pada 25 Februari, pada tarikh wajib kemasukan, saya tidak akan mendaftar dan bakal berdepan penjara tentera disebabkan itu.
- “Saya menolak penyertaan ini atas dasar-dasar ganas berbentuk penindasan dan aparteid yang dikenakan Israel ke atas rakyat Palestin, terutamanya kini di waktu peperangan,” katanya.
- Selepas mengumumkan pendiriannya, Sofia menerima ancaman rogol dan bunuh serta dituduh sebagai pengkhianat di media sosial selain rakan-rakannya turut menyifatkan beliau sebagai Yahudi yang membenci dirinya sendiri.
- Terdahulu, Tal Mitnick, 18, dari Tel Aviv, dijatuhi hukuman penjara 30 hari kerana enggan menyertai Pasukan Pendudukan Israel (IOF).
Sofia Orr, 18, berkemungkinan menjadi gadis Israel pertama bakal dipenjarakan kerana enggan menyertai perkhidmatan ketenteraan wajib di negara itu disebabkan kepercayaan politiknya, lapor Khaberni pada Ahad.
“Pada 25 Februari, pada tarikh wajib kemasukan, saya tidak akan mendaftar dan bakal berdepan penjara tentera disebabkan itu.
“Saya menolak penyertaan ini atas dasar-dasar ganas berbentuk penindasan dan aparteid yang dikenakan Israel ke atas rakyat Palestin, terutamanya kini di waktu peperangan,” katanya.
Selepas mengumumkan pendiriannya, Sofia menerima ancaman rogol dan bunuh serta dituduh sebagai pengkhianat di media sosial selain rakan-rakannya turut menyifatkan beliau sebagai Yahudi yang membenci dirinya sendiri.
Akhbar British, The Times memetik Sophia sebagai berkata, “Perkara yang mengerikan berlaku di Israel, tetapi perkara-perkara mengerikan turut berlaku di Gaza dan saya merasa kasihan terhadap semua,” katanya.
Terdahulu, Tal Mitnick, 18, dari Tel Aviv, dijatuhi hukuman penjara 30 hari kerana enggan menyertai Pasukan Pendudukan Israel (IOF).
Mengutuk pencerobohan ke atas Gaza, Tal menyifatkannya serangan ke atas wilayah itu satu “kempen membalas dendam… bukan sahaja terhadap pergerakan Hamas tetapi terhadap rakyat Palestin.” – The Merdeka Times
