Connect with us

Terkini

Seliaan berkala tiga bulan sekali jamin keselamatan kanak-kanak – Nancy Shukri

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menetapkan seliaan dan pengawasan berkala sebagai usaha menjamin keselamatan kanak-kanak yang diletakkan di bawah jagaan ibu bapa peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

Avatar

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menetapkan seliaan dan pengawasan berkala sebagai usaha menjamin keselamatan kanak-kanak yang diletakkan di bawah jagaan ibu bapa peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS akan dijalankan setiap tiga bulan mengikut tempoh diperintahkan mahkamah. 
  • “Garis panduan pengurusan penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau OYLS yang disebutkan tadi juga telah meliputi SOP selepas penempatan kanak-kanak dibuat.
  • “Selepas penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau OYLS, pelindung atau individu yang dilantik oleh mahkamah bagi kanak-kanak sama ada ahli pasukan perlindungan kanak-kanak mahupun individu yang difikirkan sesuai oleh mahkamah bagi kanak-kanak akan menjalankan seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS setiap tiga bulan mengikut tempoh perintah mahkamah,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 
  • Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah yang bertanyakan langkah diambil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjamin keselamatan kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan penjaga mereka. 

KUALA LUMPUR — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menetapkan seliaan dan pengawasan berkala sebagai usaha menjamin keselamatan kanak-kanak yang diletakkan di bawah jagaan ibu bapa peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS akan dijalankan setiap tiga bulan mengikut tempoh diperintahkan mahkamah. 

“Garis panduan pengurusan penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau OYLS yang disebutkan tadi juga telah meliputi SOP selepas penempatan kanak-kanak dibuat.

“Selepas penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau OYLS, pelindung atau individu yang dilantik oleh mahkamah bagi kanak-kanak sama ada ahli pasukan perlindungan kanak-kanak mahupun individu yang difikirkan sesuai oleh mahkamah bagi kanak-kanak akan menjalankan seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS setiap tiga bulan mengikut tempoh perintah mahkamah,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah yang bertanyakan langkah diambil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjamin keselamatan kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan penjaga mereka. 

Nancy berkata pihak dilantik akan membuat temu janji bersama ibu bapa peliharaan atau OYLS bersama pelindung JKM untuk hadir ke pejabat JKM ataupun melawat ke rumah penjaga tersebut. 

Katanya, perbincangan perlu dibuat bersama kanak-kanak dan penjaga mereka untuk mengenal pasti masalah dihadapi dan perancangan boleh diambil bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan penjaga sepanjang tempoh penjagaan berjalan. 

“Perbincangan bersama kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS dibuat kedua-dua kaedah secara berasingan dan bersama mengenai masalah yang dihadapi, keperluan kanak-kanak, strategi dan perancangan bagi memenuhi keperluan serta peranan keluarga,” katanya. 

Setakat Ogos lalu, JKM mengendalikan pelbagai kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak melibatkan kes penganiayaan, penderaan dan beberapa faktor lain. 

“Sebanyak 1,240 kes penderaan fizikal, 1,603 kes penderaan seksual, 73 kes penderaan emosi, 1,530 kes pengabaian, 156 kes dibuang atau ketiadaan ibu bapa dan 614 kes atas faktor-faktor lain,” kata Nancy. — The Merdeka Times

Sumber: Youtube Parlimen Malaysia

Author

Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending