Connect with us

Terkini

Kempen sektor awam: Galakkan kaum lain sertai bidang ketenteraan – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta tidak hanya menggalakkan kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam, tetapi kaum India dan lain-lain, terutama dalam bidang ketenteraan.

Hidayah Sani

Published

on

Kempen sektor awam
Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • “Pertamanya bukan galak kepada kaum Cina sahaja, ia patut digalakkan kepada kaum India, dan kaum-kaum lain juga terutama dalam bidang ketenteraan yang kurang penyertaannya di kalangan bukan bumiputera,” kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Beliau berkata demikian mengulas laporan berita berkenaan kerajaan mengadakan kempen menggalakkan lebih ramai kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam yang diadakan di seluruh negara bermula di Melaka.
  • Dr Akmal juga meminta kerajaan untuk menghalang mana-mana syarikat swasta di dalam negara daripada melaksanakan syarat hanya mengambil pekerja berdasarkan kaum sendiri sahaja atau keperluan berbahasa selain bahasa Melayu.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta tidak hanya menggalakkan kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam, tetapi kaum India dan lain-lain, terutama dalam bidang ketenteraan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ini kerana penyertaan kelompok bukan bumiputera dalam bidang ketenteraan adalah rendah.

“Pertamanya bukan galak kepada kaum Cina sahaja, ia patut digalakkan kepada kaum India, dan kaum-kaum lain juga terutama dalam bidang ketenteraan yang kurang penyertaannya di kalangan bukan bumiputera,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan berita berkenaan kerajaan mengadakan kempen menggalakkan lebih ramai kaum Cina untuk menyertai perkhidmatan awam yang diadakan di seluruh negara bermula di Melaka.

Memetik laporan Sin Chew Daily, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai dilaporkan sebagai berkata kempen itu diadakan berikutan jumlah kaum Cina yang berminat menjadi penjawat awam rendah.

Dalam pada itu, Dr Akmal juga meminta kerajaan untuk menghalang mana-mana syarikat swasta di dalam negara daripada melaksanakan syarat hanya mengambil pekerja berdasarkan kaum sendiri sahaja atau keperluan berbahasa selain bahasa Melayu.

“Yang keduanya, kita minta kerajaan untuk menghalang mana-mana syarikat swasta di dalam negara ini yang hanya mensyaratkan untuk mengambil pekerja hanya berdasarkan kaum mereka sahaja ataupun syarat untuk tahu berbahasa selain daripada bahasa Melayu.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk sistem pendidikan satu aliran juga mesti dilaksanakan,” katanya. 

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata penubuhan sekolah vernakular sewajarnya dihadkan dan ia tidak boleh berkembang dengan sewenang-wenangnya sebagaimana berlaku sekarang.

Kok Seong berkata ini kerana sekolah vernakular hanya aliran sampingan di negara ini, maka ia tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama dan ‘maruah’ bagi sistem pendidikan negara.

Beliau juga tidak menafikan bahawa sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending