Terkini
Kes Enakmen Jenayah Syariah Kelantan: Komentar boleh diklasifikasi sub-judice – Menteri Agama
Sebarang komentar berkaitan kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan membabitkan Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman lawan Kerajaan Negeri Kelantan boleh diklasifikasikan sebagai sub-judice, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Na’im Mokhtar.

- Sebarang komentar berkaitan kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan membabitkan Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman lawan Kerajaan Negeri Kelantan boleh diklasifikasikan sebagai sub-judice, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Na’im Mokhtar.
- Menteri agama itu berkata kes terbabit masih dalam pertimbangan mahkamah dan tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai.
- “Kenyataan di dalam video tersebut berkenaan kedudukan undang-undang jenayah Syariah yang akan dicabar di dalam kes Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Negeri Kelantan adalah satu andaian dan anggapan semata-mata,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
- Kenyataan menteri agama itu merujuk kepada rakaman video di laman YouTube bertajuk ‘5 Perkara Bakal Timpa Umat Islam dalam Tempoh 3 Bulan selepas PRN!!!’ antara lain turut menekankan mengenai kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.
- Media sebelum ini melaporkan peguam kelahiran Kelantan itu dan anaknya mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1).
- Mereka mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen, manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam.
KUALA LUMPUR – Sebarang komentar berkaitan kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan membabitkan Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman lawan Kerajaan Negeri Kelantan boleh diklasifikasikan sebagai sub-judice, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Na’im Mokhtar.
Menteri agama itu berkata kes terbabit masih dalam pertimbangan mahkamah dan tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai.
“Kenyataan di dalam video tersebut berkenaan kedudukan undang-undang jenayah Syariah yang akan dicabar di dalam kes Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Negeri Kelantan adalah satu andaian dan anggapan semata-mata,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Kenyataan menteri agama itu merujuk kepada rakaman video di laman YouTube bertajuk ‘5 Perkara Bakal Timpa Umat Islam dalam Tempoh 3 Bulan selepas PRN!!!’ antara lain turut menekankan mengenai kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.
Media sebelum ini melaporkan peguam kelahiran Kelantan itu dan anaknya mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1).
Mereka mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen, manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam.
Mengulas lanjut, Na’im berkata Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa menggubal undang-undang Syariah bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran rukun-rukun Islam seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan.
“Peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan,” katanya.
Na’im turut mengulangi kenyatannya pada 7 Ogos lalu bahawa kerajaan akan sentiasa mempertahankan dan menambah baik institusi kehakiman syariah di Malaysia yang akan terus menjadi agenda utama dalam pentadbirannya.
Beliau juga memberi jaminan Kerajaan Perpaduan tetap komited memastikan kedudukan undang-undang Syariah akan sentiasa dilindungi.
“Bersama kita teruskan perpaduan yang harmoni dan menjauhi isu perpecahan melibatkan 3R (Raja, Agama dan Kaum; Royalty, Religion, and Race),” kata Na’im menegaskan usaha pemerkasaan undang-undang syariah di Malaysia adalah usaha dan tanggungjawab bersama. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login