Connect with us

Terkini

Kristian dalam ‘krisis’ jika kata-kata Jesus dianggap ‘talking points liberal’

Seorang bekas pegawai tertinggi di Konvensyen Baptist Selatan (SBC), denominasi Protestan terbesar di Amerika Syarikat (AS), percaya bahawa Kristian di AS berada dalam ‘krisis’ selepas melihat budaya politik yang mempengaruhi ajaran penginjilan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kristian dalam ‘krisis’ jika kata-kata Jesus dianggap ‘talking points liberal’
Foto: Bekas presiden cabang dasar Konvensyen Baptist Selatan (SBC), Russell Moore.
  • Seorang bekas pegawai tertinggi di Konvensyen Baptist Selatan (SBC), denominasi Protestan terbesar di Amerika Syarikat (AS), percaya bahawa Kristian di AS berada dalam ‘krisis’ selepas melihat budaya politik yang mempengaruhi ajaran penginjilan.
  • “Dan apabila ajaran Jesus itu dilihat sebagai subversif, maka kita sedang berada dalam krisis,” kata bekas presiden cabang dasar SBC, Russell Moore.
  • Beliau berkata sebahagian masalah juga berpunca daripada kehidupan berpuak-puak, termasuk gereja. 
  • Terdahulu, Moore yang juga Ketua Pengarang Christian Today, mengkritik Donald Trump sebagai calon presiden dan bagaimana dominasi Kristian itu mengabaikan dakwaan penderaan seksual selama beberapa dekad. 

Seorang bekas pegawai tertinggi di Konvensyen Baptist Selatan (SBC), denominasi Protestan terbesar di Amerika Syarikat (AS), percaya bahawa Kristian di AS berada dalam ‘krisis’ selepas melihat budaya politik yang mempengaruhi ajaran penginjilan. 

Bekas presiden cabang dasar SBC, Russell Moore, baru-baru ini berkongsi kebimbangannya dengan NPR tentang masa depan agama Kristian dan bagaimana ‘tribalism’ mempengaruhi agama di AS. 

Katanya, ramai pastor mengatakan hal yang sama apabila mereka didekati dan disoal selepas menyampaikan khutbah.

Moore dilaporkan berkata pastor kerap ditanya “di manakah anda mendapatkan perkara liberal itu?”

“Dan apa yang membimbangkan saya adalah dalam senario ini, apabila pastor mengatakan, ‘saya sekadar mengikut kata-kata Jesus’, dan maklumbalas bukanlah, ‘saya minta maaf’,” kata Moore. 

Lanjutnya, pengikut akan berpendirian kata-kata itu tidak lagi berfungsi untuk mereka dan lemah. 

“Dan apabila ajaran Jesus itu dilihat sebagai subversif, maka kita sedang berada dalam krisis,” kata Moore dipetik Insider.  

Beliau berkata sebahagian masalah itu juga berpunca daripada kehidupan berpuak-puak, termasuk gereja. 

Moore percaya penyelesaian masalah itu tidak boleh berlaku pada “peringkat pergerakan” atau “peperangan untuk jiwa evangelikalisme”, sebaliknya pada peringkat “kecil dan tempatan”.

Terdahulu, Moore yang juga Ketua Pengarang Christian Today, mengkritik Donald Trump sebagai calon presiden dan bagaimana dominasi Kristian itu mengabaikan dakwaan penderaan seksual selama beberapa dekad. 

Sumber: Insider

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *