Connect with us

Terkini

Kesetiaan utama wakil rakyat untuk negeri bukan parti politik – Tuanku Muhriz

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengingatkan kepada semua wakil rakyat di negeri ini yang telah dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu untuk memberikan fokus dan keutamaan kepada kepentingan serta perkhidmatan untuk rakyat negeri ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kesetiaan utama wakil rakyat untuk negeri bukan parti politik – Tuanku Muhriz
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu untuk memberikan fokus dan keutamaan kepada kepentingan serta perkhidmatan untuk rakyat negeri ini.
  • Baginda menegaskan, kesetiaan utama mereka untuk negeri dan bukannya kepada mana-mana parti politik ataupun keperluan peribadi.
  • “Negeri ini amat memerlukan pemimpin yang beramanah tinggi, bermaruah tinggi dan berpendirian tinggi, dalam Bahasa Inggeris, persons of honour sesuai dengan gelaran Yang Berhormat yang kamu terima. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang ada akan menjurus kepada ketidakadilan serta kerapuhan pelaksanaan sesuatu dasar yang dirangka untuk kebaikan rakyat,” titah baginda.
  • Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di Istana Besar Seri Menanti di sini semalam.

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengingatkan kepada semua wakil rakyat di negeri ini yang telah dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu untuk memberikan fokus dan keutamaan kepada kepentingan serta perkhidmatan untuk rakyat negeri ini.

Baginda menegaskan, kesetiaan utama mereka adalah untuk negeri dan bukannya kepada mana-mana parti politik ataupun keperluan peribadi.

“Beta mengingatkan semua wakil rakyat yang telah dipilih, bahawa kamu telah diamanahkan oleh rakyat untuk menyuarakan segala permasalahan serta keperluan mereka dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar atau keputusan. 

“Justeru, fokus dan keutamaan kamu adalah kepada kepentingan dan perkhidmatan untuk rakyat negeri ini. Ini kerana kesetiaan utama kamu ialah untuk negeri, bukannya kepada mana-mana parti politik ataupun keperluan peribadi.

“Negeri ini amat memerlukan pemimpin yang beramanah tinggi, bermaruah tinggi dan berpendirian tinggi, dalam Bahasa Inggeris, persons of honour sesuai dengan gelaran Yang Berhormat yang kamu terima. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang ada akan menjurus kepada ketidakadilan serta kerapuhan pelaksanaan sesuatu dasar yang telah dirangka untuk kebaikan rakyat,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di Istana Besar Seri Menanti di sini semalam.

Pada istiadat itu, baginda melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Baginda dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada semua wakil yang telah dipilih oleh rakyat untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dalam PRN yang berlangsung 12 Ogos yang lalu.

“Alhamdulillah, proses pilihan raya telah berjalan dengan lancar tanpa kekacauan dan kekecohan yang serius. Di kesempatan ini juga, Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli-ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan yang telah memberikan khidmat pada penggal yang lepas. 

“Kepada calon yang tidak dipilih dalam pilihan raya kali ini, Beta berharap kamu semua terus menabur bakti dan sumbangan kepada masyarakat,” titah baginda lagi.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anwar ada 6 bulan buat perubahan atau bakal ‘dijatuhkan’ – Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh enam bulan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan atau beliau berdepan risiko ‘dijatuhkan’ rakyat.

Hidayah Sani

Published

on

Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus
  • “Ramai sahabat saya hari ini mahu Anwar turun (dari jadi Perdana Menteri) tapi kita punya objektif hari ini bukan mahu Anwar turun,  kita mahu Anwar buck up (meningkatkan prestasi) jadi seperti mana any performance management pertama dia buat salah kita bagi dia warning letters.
  • “Jadi kita berlaku sangat adil untuknya tetapi kita hanya memberi dia enam bulan sehingga ulang tahun keduanya sebagai perdana menteri jika tiada perubahan I willing to go even further to bring him down for real,” kata Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang juga Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata perhimpunan itu diadakan untuk memberi amaran pertama kepada Anwar, sekali gus mengemukakan lapan tuntutan rakyat.
  • Yes (akan ada perhimpunan pusingan kedua jika tuntutan tak dilayan), round two kita akan turun ke Tambun… kita bagi 30 hari untuk dia (Anwar) react terhadap tuntutan dikemukakan  selepas itu kita akan turun ke Tambun,” katanya.

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan tempoh enam bulan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan atau beliau berdepan risiko ‘dijatuhkan’ rakyat.

Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang juga Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus berkata Anwar telah menyusahkan rakyat sepanjang tempoh 18 bulan pemerintahannya.

Beliau berkata pihaknya menganjurkan perhimpunan tolak Anwar pada hari ini untuk memberikan amaran pertama kepada Perdana Menteri itu, sekali gus mengemukakan lapan tuntutan rakyat.

“Ramai sahabat saya hari ini mahu Anwar turun (dari jadi Perdana Menteri) tapi kita punya objektif hari ini bukan mahu Anwar turun,  kita mahu Anwar buck up (meningkatkan prestasi) jadi seperti mana any performance management pertama dia buat salah kita bagi dia warning letters.

“Jadi kita berlaku sangat adil untuknya tetapi kita hanya memberi dia enam bulan sehingga ulang tahun keduanya sebagai perdana menteri jika tiada perubahan I willing to go even further to bring him down for real.

“Kalau dia rasa apa yang jadi sebelum ni adalah benda yang dah hebat kita boleh buat, kita telah buktikan ia hari ini bila kita buat (perhimpunan) di luar (kediaman rasmi dia) anda boleh nampak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Demo Rakyat Lawan Anwar di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Menerusi perhimpunan itu, terdapat lapan tuntutan dikemukakan terhadap Anwar antaranya mengembalikan semula subsidi diesel, mengembalikan beras putih tempatan (BPT) di pasaran, membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menangani kenaikan kos sara hidup.

Tuntutan lain termasuk menyelamatkan sistem kesihatan negara, memberi peruntukan sama rata kepada ahli Parlimen pembangkang dan tidak menyekat hak kebebasan bersuara.

Perkara itu dikemukakan beberapa individu, termasuk aktivis politik, pempengaruh media sosial, wakil pencarum KWSP dan beberapa pemimpin politik tempatan.

Aidil Yunus yang juga dikenali ‘YB Viral’ berkata tempoh 30 hari diberikan kepada Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun untuk memberi maklum balas terhadap lapan tuntutan di perhimpunan berkenaan.

Yes (akan ada perhimpunan pusingan kedua jika tuntutan tak dilayan), round two kita akan turun ke Tambun… kita bagi 30 hari untuk dia (Anwar) react terhadap tuntutan dikemukakan  selepas itu kita akan turun ke Tambun,” katanya. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending