Antarabangsa
AS arah Pakistan untuk jatuhkan Imran Khan
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dikatakan mengarahkan Pakistan untuk menjatuhkan Perdana Menteri popularnya iaitu Imran Khan kerana bersikap neutral terhadap konflik di Ukraine, tahun lalu.

- Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dikatakan mengarahkan Pakistan untuk menjatuhkan perdana menteri popularnya iaitu Imran Khan kerana bersikap neutral terhadap konflik di Ukraine, tahun lalu.
- Menurut laporan The Intercept pada Rabu lalu, maklumat itu merujuk kepada kabel diplomatik rahsia yang diperolehi dari sumber sulit dokumen kerajaan Pakistan.
- Kabel itu mendokumenkan pertemuan di antara dua pegawai Jabatan Negara AS dan Duta Pakistan ke AS pada 7 Mac 2022.
- Imran telah didakwa dengan pelbagai jenayah sejak penyingkirannya, dari menghina pegawai negara sehingga mencetuskan keganasan.
- Bulan lalu, dia diumumkan akan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen kabel yang mengandungi konspirasi mengenai penggulingannya itu.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dikatakan mengarahkan Pakistan untuk menjatuhkan Perdana Menteri popularnya iaitu Imran Khan kerana bersikap neutral terhadap konflik di Ukraine, tahun lalu.
Menurut laporan The Intercept pada Rabu lalu, maklumat itu merujuk kepada kabel diplomatik rahsia yang diperolehi dari sumber sulit dokumen kerajaan Pakistan.
Kabel itu mendokumenkan pertemuan di antara dua pegawai Jabatan Negara AS dan Duta Pakistan ke AS pada 7 Mac 2022.
Timbalan Setiausaha Negara AS bagi Biro Hal Ehwal Asia Selatan dan Asia Tengah, Donald Lu memberi amaran kepada rakan sejawat dari Pakistan menerusi kabel, mempersalahkan Perdana Menteri Pakistan atas dasar negara itu terhadap konflik Ukraine yang dikatakan menyinggung AS.
Duta Asad Majeed Khan dikatakan cuba memperbetulkan pegawai AS itu dengan menyatakan pendirian Pakistan berkenaan Ukraine dikongsi semua pihak dalam kerajaan Pakistan.
Lu membalas dengan memberitahu bahawa yang bermasalah adalah sikap PM itu sendiri, sambil menjelaskan “sekiranya undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri berjaya, Washington akan memaafkan semua”.
Lanjutnya; “Kalau tidak, sukar untuk kita terus kehadapan,” ugut timbalan setiausaha negara AS itu sambil berkata Eropah akan mengikut telunjuk AS dalam usaha “mengasingkan perdana menteri itu”.
Imran yang kemudiannya menerima salinan kabel beberapa minggu selepas perjumpaan itu menamakan AS sebagai dalang selepas beliau tersingkir menerusi undi tidak percaya pada April tahun lalu seperti yang dicadangkan Lu.
Imran didakwa dengan pelbagai jenayah sejak penyingkirannya, dari menghina pegawai negara sehingga mencetuskan keganasan.
Bulan lalu, dia diumumkan akan didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen kabel yang mengandungi konspirasi mengenai penggulingannya itu.
Sumber: RT, The Intercept
