Antarabangsa
Rugi berbilion dolar akibat kempen Pride, Target disaman pemegang saham
America First Legal (AFL), sebuah pertubuhan aktivis guaman, menyaman Target Corporation dan barisan lembaga pengarahnya mewakili pihak pemegang saham rangkaian peruncit barangan am di Amerika Syarikat (AS) itu ekoran kerugian ditanggung akibat tindak balas kempen Pride.
- America First Legal (AFL), sebuah pertubuhan aktivis guaman, menyaman Target Corporation dan barisan lembaga pengarahnya mewakili pihak pemegang saham rangkaian peruncit barangan am di Amerika Syarikat (AS) itu ekoran kerugian ditanggung akibat tindak balas kempen Pride.
- Mengikut saman itu, Target didakwa mengelirukan pemegang saham dan menyebabkan kerugian berbilion dolar Amerika akibat tindakan syarikat itu menyokong kumpulan LGBT melalui kempen Pride di rangkaian kedainya.
- Mei lalu, Target melancarkan koleksi Pride mempromosikan pakaian bertema LGBTQ serta buku-buku bertema LGBTQ kepada kanak-kanak yang menyebabkan pemboikotan perusahaan itu sehingga mereka kerugian berbilion dolar.
America First Legal (AFL), sebuah pertubuhan aktivis guaman, menyaman Target Corporation dan barisan lembaga pengarahnya mewakili pihak pemegang saham rangkaian peruncit barangan am di Amerika Syarikat (AS) itu ekoran kerugian ditanggung akibat tindak balas kempen Pride.
Mengikut saman itu, Target didakwa mengelirukan pemegang saham dan menyebabkan kerugian berbilion dolar Amerika akibat tindakan syarikat itu menyokong kumpulan LGBT melalui kempen Pride di rangkaian kedainya.
Mei lalu, Target melancarkan koleksi Pride mempromosikan pakaian bertema LGBTQ serta buku-buku bertema LGBTQ kepada kanak-kanak yang menyebabkan pemboikotan perusahaan itu sehingga mereka kerugian berbilion dolar.
Tuntutan mahkamah itu menyatakan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Target, tidak mengambil kira kesemua pemegang saham tetapi hanya memberi manfaat kepada mereka yang membawa agenda ideologi.
Tindakan itu juga dikatakan mengabaikan impak DEI syarikat yang gagal seperti apa yang jelas dihadapi Bud Light atas keputusan mereka melantik duta dari komuniti LGBTQ.
“Kempen pemasaran dan jualan item bertema LGBT kanak-kanak dan keluarga yang menyebabkan Target terlibat dengan peperangan budaya dan penyebab menjunamnya saham terbesar dalam sejarah syarikat itu, menyebabkan pelabur kerugian berbilion dolar,” kata saman itu dipetik Daily Caller.
Dalam Pernyataan Proksi 2022 dan 2023-nya, Target meyakinkan pemegang saham dan pelaburnya bahawa Lembaga Pengarah sedang memantau isu-isu sosial dan politik serta risiko-risiko yang timbul dari mandat ESG dan DEI syarikat itu.
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan dikatakan hanya mengambil peduli kepuasan pemegang taruh berhaluan kirinya, demikian menurut kenyataan akhbar AFL.
Sumber: Daily Caller