Connect with us

Terkini

Agama dan kaum sebahagian isu politik, boleh dibincangkan tanpa melampaui batas

Isu agama dan kaum adalah sebahagian dari isu politik dan tidak boleh dipisahkan, kata Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Agama dan kaum sebahagian isu politik, boleh dibincangkan tanpa melampaui batas
Foto: Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kiri), Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (tengah) dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan).
  • Isu agama dan kaum adalah sebahagian dari isu politik dan tidak boleh dipisahkan, kata Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, apa yang penting adalah ahli politik boleh membincangkan atau menyampaikan isu itu dengan tidak melampaui batas.
  • “Untuk isu nama Allah (contohnya), takkan kita nak diam? Ini isu yang melibatkan kebajikan umum, melibatkan umat (Islam).
  • “Kalau kita tak boleh komen, salah tu, dalam Parlimen kita bincang, jadi isunya adalah, jangan melampaui batas, asalkan kita tahu ke mana nak dibawa bincang, tak ada masalah untuk kita nak bawa isu agama dan kaum,” kata Wan Ahmad Fayhsal kepada The Merdeka Times selepas Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor di sebuah hotel di Shah Alam pada Jumaat lalu.
  • Mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sentiasa menyalahkan orang bukan Islam di negara ini, termasuk dalam isu rasuah, Wan Ahmad Fayhsal berkata, kenyataan itu tidak tepat kerana dakwaan itu bersandarkan kajian dan bukannya andaian.

SHAH ALAM – Isu agama dan kaum adalah sebahagian dari isu politik dan tidak boleh dipisahkan, kata Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, apa yang penting adalah ahli politik boleh membincangkan atau menyampaikan isu itu dengan tidak melampaui batas.

“Untuk isu nama Allah (contohnya), takkan kita nak diam? Ini isu yang melibatkan kebajikan umum, melibatkan umat (Islam).

“Kalau kita tak boleh komen, salah tu, dalam Parlimen kita bincang, jadi isunya adalah, jangan melampaui batas, asalkan kita tahu ke mana nak dibawa bincang, tak ada masalah untuk kita nak bawa isu agama dan kaum,” kata Wan Ahmad Fayhsal kepada The Merdeka Times selepas Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor di sebuah hotel di Shah Alam pada Jumaat lalu.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Belia Sukan dan Malaysia dari DAP, Hannah Yeoh yang mendakwa pemimpin pembangkang kerap memainkan sentimen agama dan kaum dan menyifatkannya sebagai tidak baik untuk perpaduan.

Mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sentiasa menyalahkan orang bukan Islam di negara ini, beliau berkata kenyataan itu tidak tepat.

Katanya, pemimpin PN dimaksudkan Guan Eng mengaitkan kenyataan mereka mengenai bahawa bukan Melayu banyak terbabit dalam memberi rasuah adalah berdasarkan sebuah kajian yang berdasarkan kes direkodkan SPRM.

“Penglibatan sesetengah kaum itu lebih tinggi sedikit berbanding dengan orang Islam bagi saya, rasuah (itu melibatkan) semua kaum dan agama dan ia perlu dibanteras di luar kaca mata kaum dan agama,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya PN mengamalkan diskriminasi kaum.

“Tengok PN punya tawaran (merujuk kepada Tawaran PN Selangor malam itu), ada cakap pasal kaum dan agama? Tak ada! it was meant for all, we are being fair to everyone,not just Malay Muslim,” kata Wan Ahmad Fayhsal. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *