Terkini
Iran tahan individu ketiga dalam insiden pergaduhan melibatkan penguatkuasa hijab
Pihak berkuasa Iran membuat penahanan ketiga berhubung pertengkaran baru-baru ini dengan seorang penguat kuasa hijab di Qavam House, sebuah taman popular di Shiraz, ibu kota Wilayah Fars selatan, lapor agensi berita ISNA pada Rabu.
- Pihak berkuasa Iran membuat penahanan ketiga berhubung pertengkaran baru-baru ini dengan seorang penguat kuasa hijab di Qavam House, sebuah taman popular di Shiraz, ibu kota Wilayah Fars selatan, lapor agensi berita ISNA pada Rabu.
- Polis menahan pengarah Qavam House, menjadikan jumlah tangkapan kes itu kepada tiga individu.
- Awal bulan ini, seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana didakwa ‘menyerang’ penguatkuasa hijab wanita selepas dia cuba merakam mereka.
- Penahanan itu dibuat selepas Bisimchi Media, saluran Telegram yang dikaitkan dengan pasukan keselamatan Iran, menyiarkan video pergaduhan itu.
- Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengekalkan kepentingan undang-undang hijab dan melabelkan penentangan terhadapnya sebagai promosi rasuah secara sistematik dalam masyarakat Islam.
Pihak berkuasa Iran membuat penahanan ketiga berhubung pertengkaran baru-baru ini dengan seorang penguat kuasa hijab di Qavam House, sebuah taman popular di Shiraz, ibu kota Wilayah Fars selatan, lapor agensi berita ISNA pada Rabu.
The New Arab melaporkan polis menahan pengarah Qavam House, menjadikan jumlah tangkapan kes itu kepada tiga individu.
Ketua Pendakwa Raya Shiraz, Mostafa Bahreini berkata kes itu akan ditangani dengan segera dan mengisytiharkan “sokongan tidak berbelah bahagi” badan kehakiman terhadap penguatkuasa hijab terbabit.
Awal bulan ini, seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana didakwa ‘menyerang’ penguatkuasa hijab wanita selepas dia cuba merakam mereka.
Penahanan itu dibuat selepas Bisimchi Media, saluran Telegram yang dikaitkan dengan pasukan keselamatan Iran, menyiarkan video pergaduhan itu.
Dalam video tersebut, pasangan itu kelihatan berang dengan penguatkuasa hijab yang merakam mereka.
Dalam pada itu, pemakaian hijab dan pakaian sederhana menjadi wajib bagi wanita dan gadis berusia sembilan tahun ke atas di Iran berikutan Revolusi Islam 1979, namun pelaksanaan undang-undang itu bergantung kepada kerajaan yang memerintah.
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengekalkan kepentingan undang-undang hijab dan melabelkan penentangan terhadapnya sebagai promosi rasuah secara sistematik dalam masyarakat Islam.
Langkah-langkah pematuhan hukum hijab wajib itu juga dilaporkan menjadi lebih ketat.
Sumber: The New Arab