Connect with us

Terkini

Hina Islam, Malaysia di luar negara tindakan penakut dan berniat jahat

Tindakan seorang rakyat Malaysia bernama ‘Tan’ yang menghina Islam dan memburukkan nama Malaysia di luar negara jelas menunjukkan beliau seorang penakut dan mempunyai agenda tersembunyi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Hina Islam, Malaysia di luar negara tindakan penakut dan berniat jahat
Foto: Seorang rakyat Malaysia bernama ‘Tan’ (kiri) dan mantan Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Hazli Zakaria (kanan).
  • Tindakan seorang rakyat Malaysia bernama ‘Tan’ yang menghina Islam dan memburukkan nama Malaysia di luar negara jelas menunjukkan beliau seorang penakut dan mempunyai agenda tersembunyi.
  • Mantan Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Hazli Zakaria berkata lelaki bernama ‘Tan’ yang dilaporkan menghina Islam dan memburukkan negara di ruang debat terbuka Speakers Corner di Hyde Park, London, United Kingdom (UK), jelas memahami perbuatannya dan dalam keadaan waras (berdebat dan temubual).
  • “Apa yang pasti individu ini menzahirkan niat jahat, ia bukan masalah kesihatan mental, kerana jelas dia mempunyai tujuan tertentu. Apabila seseorang itu mengalami masalah psikologi, perlakuan mereka berlaku di luar kawalan mereka sendiri,” kata Dr Hazli yang juga ahli psikiatri kepada The Merdeka Times di sini baru-baru ini.
  • Dr Hazli yang juga Pengasas dan Pengarah Alaminda Healthcare Berhad mengulas laporan The Merdeka Times mengenai rakyat Malaysia dikenali dengan panggilan ‘Tan’ yang didakwa menghina Islam dan umat Islam secara umumnya serta memburukkan nama Malaysia di luar negara sejak beberapa tahun lalu. 
  • Lelaki itu dalam rakaman audio dimuatnaik di Youtube pada 18 Julai lalu antara lain menyifatkan azan sebagai menjijikkan dan menyamakannya dengan propaganda komunis, menuduh sistem pendidikan negara memaksa Islam kepada orang bukan Islam dan mendakwa ramai pengganas dilatih di Malaysia.
  • Semakan The Merdeka Times mendapati Tan yang aktif menyertai ruangan debat terbuka Speakers Corner di Hyde Park, London, kira-kira lima tahun lalu, turut menyifatkan Islam sebagai ‘cult’ (kultus) dan mengaitkannya dengan pengganas.
  • Usaha The Merdeka Times sejak Isnin lalu untuk mendapatkan reaksi pihak berkuasa, khususnya Kementerian Luar, berhubung isu ini belum mendapat maklumbalas walaupun Wisma Putra sudah dimaklumkan mengenai laporan berita itu dan difahamkan bermesyuarat mengenainya pada minggu ini.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang rakyat Malaysia bernama ‘Tan’ yang menghina Islam dan memburukkan nama Malaysia di luar negara jelas menunjukkan beliau seorang penakut dan mempunyai agenda tersembunyi.

Ini kerana perbuatan itu dilakukan dengan kesedaran dan bukan di luar kawalan indvidu terbabit.

Mantan Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Hazli Zakaria berkata lelaki bernama ‘Tan’ yang dilaporkan menghina Islam dan memburukkan negara di ruang debat terbuka Speakers Corner di Hyde Park, London, United Kingdom (UK), jelas memahami perbuatannya dan dalam keadaan waras (berdebat dan temubual).

“Apa yang pasti individu ini menzahirkan niat jahat, ia bukan masalah kesihatan mental, kerana jelas dia mempunyai tujuan tertentu.

“Apabila seseorang itu mengalami masalah psikologi, perlakuan mereka berlaku di luar kawalan mereka sendiri,” kata Dr Hazli yang juga merupakan seorang ahli psikiatri, ketika ditemu bual The Merdeka Times di sini baru-baru ini.

Dr Hazli yang juga Pengasas dan Pengarah Alaminda Healthcare Berhad mengulas laporan The Merdeka Times mengenai rakyat Malaysia dikenali dengan panggilan ‘Tan’ yang didakwa menghina Islam dan umat Islam secara umumnya serta memburukkan nama Malaysia di luar negara sejak beberapa tahun lalu. 

Lelaki itu dalam rakaman audio dimuatnaik di Youtube pada 18 Julai lalu antara lain menyifatkan azan sebagai menjijikkan dan menyamakannya dengan propaganda komunis, menuduh sistem pendidikan negara memaksa Islam kepada orang bukan Islam dan mendakwa ramai pengganas dilatih di Malaysia.

Semakan The Merdeka Times mendapati Tan yang aktif menyertai ruangan debat terbuka Speakers Corner di Hyde Park, London, kira-kira lima tahun lalu, turut menyifatkan Islam sebagai ‘cult’ (kultus) dan mengaitkannya dengan pengganas.

Mengulas lanjut, Dr Hazli berkata apa diucapkan Tan, yang masih belum dikenali identiti sebenarnya, jelas mempunyai agenda tersembunyi.

Beliau berkata apa yang pasti, lelaki itu juga bukan seseorang yang ‘berani’ kerana tuduhannya dibuat bila dia berada di luar Malaysia.

Kataya, Tan juga boleh disifatkan sengaja berniat jahat menuduh Malaysia dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal selain jelas memperlekehkan agama dan penganut Islam.

“Kebanyakan orang yang tahu tentang Islam, mengenali Muslim serta cara mereka menjalankan hidup, tidak akan bersetuju dengan kenyataannnya, malah mereka yang bukan Muslim juga turut akan memperbetulkannya,” kata Dr Hazli.

Dr Hazli menegaskan Tan tidak mewakili suara rakyat Malaysia, termasuk kaum Cina di Malaysia.

“Apa yang dia mahu adalah mencetuskan rasa ketidakselesaan serta meraih perhatian dengan niat tertentu, dan niat tertentunya itu bukanlah untuk kebaikan.

“Dengan kebebasan bersuara yang ada di Malaysia sekalipun, kita semua ada tanggungjawab untuk ia tidak menjadi punca tercetusnya keburukan, sehingga melangkau mana-mana akta keselamatan,” katanya.

Dr Hazli berkata individu seperti Tan tidak layak untuk diberi perhatian atas tindakannya yang jelas menimbulkan ketidakharmonian. 

“Sebagai rakyat Malaysia, kita juga harus tahu bahawa perkara ini salah dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan,” katanya. 

Usaha The Merdeka Times sejak Isnin lalu untuk mendapatkan reaksi pihak berkuasa, khususnya Kementerian Luar, berhubung isu ini belum mendapat maklumbalas walaupun Wisma Putra sudah dimaklumkan mengenai laporan berita itu dan bermesyuarat mengenainya pada minggu ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *