Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Rakyat Malaysia hina Islam, burukkan imej Malaysia di luar negara 

Seorang rakyat Malaysia yang dikenali dengan panggilan ‘Tan’ didakwa menghina Islam dan umat Islam secara umumnya serta memburukkan nama Malaysia di luar negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Rakyat Malaysia hina Islam, burukkan imej Malaysia di luar negara 
Foto: Rakyat Malaysia hina Islam, burukkan imej Malaysia di luar negara.
  • Seorang rakyat Malaysia yang dikenali dengan panggilan ‘Tan’ didakwa menghina Islam dan umat Islam secara umumnya serta memburukkan nama Malaysia di luar negara.
  • Lelaki itu dalam rakaman audio dimuatnaik di Youtube pada 18 Julai lalu, antara lain menyifatkan azan sebagai menjijikkan dan menyamakannya dengan propaganda komunis, menuduh sistem pendidikan negara memaksa Islam kepada orang bukan Islam dan mendakwa ramai pengganas dilatih di Malaysia.
  • Semakan The Merdeka Times turut mendapati Tan yang didapati aktif menyertai ruangan debat terbuka Speakers Corner di Hyde Park, London, United Kingdom (UK), kira-kira lima tahun lalu, turut menyifatkan Islam sebagai ‘cult’ (kultus) dan mengaitkannya dengan pengganas.
  • Tan turut memburukan negara dengan mendakwa kononnya ramai pengganas dilatih di Malaysia dan ada daripada mereka dihantar ke Indonesia, Filipina dan negara lain.

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia yang dikenali dengan panggilan ‘Tan’ didakwa menghina Islam dan umat Islam secara umumnya serta memburukkan nama Malaysia di luar negara.

Lelaki itu dalam rakaman audio dimuatnaik di Youtube pada 18 Julai lalu, antara lain menyifatkan azan sebagai menjijikkan dan menyamakannya dengan propaganda komunis, menuduh sistem pendidikan negara memaksa Islam kepada orang bukan Islam dan mendakwa ramai pengganas dilatih di Malaysia.

Semakan The Merdeka Times turut mendapati Tan yang didapati aktif menyertai ruangan debat terbuka Speakers Corner di Hyde Park, London, United Kingdom (UK), kira-kira lima tahun lalu, turut menyifatkan Islam sebagai ‘cult’ (kultus) dan mengaitkannya dengan pengganas.

Berdasarkan rakaman audio dimuatnaik di Youtube minggu lalu, dipercayai cercaan aktivis Malaysia itu kepada penganut Islam dilakukan dalam satu temubual di luar negara yang tidak dapat dipastikan tarikhnya.

 

Dalam temubual itu, Tan menyifatkan tindakan penganut Islam yang beriman kepada peristiwa penurunan wahyu dalam gua adalah sama seperti mempercayai tuntutan pesakit gila di hospital sakit jiwa.

Dia juga mencadangkan ujian IQ harus digantikan dengan agama, selain menyifatkan keputusan mereka yang memilih untuk memeluk Islam itu ternyata daripada kalangan mereka yang hina dan tidak layak dipanggil manusia. 

“Mereka (penganut Islam) sangat mudah marah, mahu membunuh, tumbuk orang atas nama Allah (yang merupakan) kawan palsu, kawan khayalan, yang sepatutnya berada di rumah sakit jiwa. Mereka gila dan tidak menyedarinya,” kata Tan yang tidak mendedahkan pegangan agamanya berdasarkan beberapa rakaman video lain di media sosial.

Dalam rakaman audio itu, Tan memulakan temubual dengan mengatakan dia berasal dari Malaysia, sebelum mengeluarkan tuduhan tidak berasas ke atas penganut Islam di Malaysia dan negara-negara Muslim lain, termasuk di Indonesia.

Melabelkan penganut Islam tiada kesedaran diri, Tan menyifatkan laungan azan lima kali sehari di Malaysia sebagai menjijikkan selain menyamakannya sebagai alat propaganda seperti dilakukan komunis suatu masa dulu. 

Dengan pelbagai kenyataan serkap jarang dan generalisasi melampau membahaskan keadaan politik di Malaysia dan Indonesia, Tan mendakwa keganasan adalah berpunca daripada sikap individu Muslim yang suka menyalahkan.

“Orang-orang Islam ini tidak tahu apa yang mereka lakukan. Mereka cuma mahu menyalahkan, kemudian berdakwah dan itu saja. Perkara-perkara selain itu adalah tak penting.

“Lihat, inilah sebabnya saya menyanggah Islam, ia satu ideologi beracun yang tidak memberikan sebarang penyelesaian, bagi mereka ia soal dominasi kerana itu Islam dijadikan alat politik, ia sebenarnya bukan sebuah agama, ia satu kultus pejuang (warriors cult),” kata Tan.

Menurut Tan, Islam bercanggah dengan sifat kemanusiaan dengan membuat kesimpulan bahawa buktinya adalah keganasan dalam Islam masih terus berlaku dan orang Islam hanya tahu menyalahkan Barat bila dipersoalkan dalam aspek itu.

Tan juga mendakwa Sabah dan Sarawak yang dahulunya hidup dengan aman damai turut menerima ‘eksport’ pemikiran Islam ekstrim yang diketuai kaum Melayu dari Semenanjung Malaysia.

Tidak berhenti dengan tuduhan itu, Tan turut memburukan negara dengan mendakwa kononnya ramai pengganas dilatih di Malaysia dan ada daripada mereka dihantar ke Indonesia, Filipina dan negara lain.

“Kita mengeksport salah satu pensyarah universiti ke Indonesia bagi mengajar mereka dalam pembuatan bom,” kata Tan tanpa menjelaskan butiran berkenaan dakwaannya itu kepada media asing terbabit.

Tindakan menghina Islam dan penganut Islam serta mengaitkan Malaysia dengan keganasan, sekaligus memburukkan imej Malaysia di luar negara oleh Tan sepatutnya diambil tindakan tegas dengan kadar segera oleh pihak berkuasa. – The Merdeka Times

 

Sumber: Youtube

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *