Terkini
Mengapa kes Sanusi cepat sedangkan kes 3R lain lambat ke mahkamah?
Peguam dan aktivis masyarakat, Rafique Rashid mempersoalkan tempoh masa proses siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noryang yang singkat berbanding siasatan kes individu lain berkaitan 3R (agama, kaum dan raja).
- Peguam dan aktivis masyarakat, Rafique Rashid mempersoalkan tempoh masa proses siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang singkat berbanding siasatan kes individu lain berkaitan 3R (agama, kaum dan raja).
- Beliau berkata jika siasatan ke atas kes Sanusi dapat diselesaikan dengan pantas, maka hal sama juga perlu dilakukan ke atas pihak lain yang turut disiasat berkenaan isu 3R.
- “Ada juga personaliti-personaliti dalam kerajaan sekarang ini yang menggunakan perkataan-perkataan racist (perkauman) juga, yang sepatutnya boleh diselesaikan siasatan 4 hari. Keadilan itu yang saya tak nampak.
- “Kenapa benda ini berlaku kepada salah seorang sedangkan orang lain yang mungkin buat perkara-perkara yang sama tapi sampai sekarang tak selesai lagi kes dia,” katanya dalam satu wawancara dengan media tempatan pada Selasa.
KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis masyarakat, Rafique Rashid mempersoalkan tempoh masa proses siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang singkat berbanding siasatan kes individu lain berkaitan 3R (agama, kaum dan raja).
Beliau berkata laporan polis dibuat Jumaat lalu dan selang empat hingga lima hari, Sanusi telah dituduh di mahkamah.
Katanya, jika siasatan ke atas kes Sanusi dapat diselesaikan dengan pantas, maka hal sama juga perlu dilakukan ke atas pihak lain yang turut disiasat berkenaan isu 3R.
“Ada juga personaliti-personaliti dalam kerajaan sekarang ini yang menggunakan perkataan-perkataan racist (perkauman) juga, yang sepatutnya boleh diselesaikan siasatan empat hari. Keadilan itu yang saya tak nampak.
“Kenapa benda ini berlaku kepada salah seorang sedangkan orang lain yang mungkin buat perkara-perkara yang sama tapi sampai sekarang tak selesai lagi kes dia,” katanya dalam satu wawancara dengan media tempatan pada Selasa.
Beliau merasakan tiada keadilan dalam kes Sanusi sedangkan pihak lain yang turut disiasat isu 3R masih bebas.
Rafique menyifatkan Akta Hasutan 1948 tidak lagi relevan kerana Malaysia sudah mencapai kemerdekaan pada 1957 dan turut mempersoalkan mengapa akta itu masih diguna pakai sehingga sekarang.
“Undang-undang yang didrafkan dan diluluskan pada 1948 semasa British masih ada di sini sedangkan penjajah dah keluar daripada negara kita 1957. Kita pada tahun 2023 masih membincangkan isu tahun 1948,” katanya.
Rafique berkata, pada kebiasaan, hanya ahli politik yang sering bercakap soal perkauman Melayu, Cina dan India, sedangkan rakyat hidup dalam keharmonian berbilang bangsa.
Beliau menyeru agar rakyat Malaysia berfikir secara kritikal mengenai isu sebegini dan menghormati bidang kuasa perundangan Malaysia. – The Merdeka Times
Sumber : TikTok tvpertiwi