Antarabangsa
Hungary kecam desakan negara lain terhadap dasar anti-LGBTQ
Seorang pegawai kanan Kementerian Luar Hungary mengecam barisan kedutaan asing di Budapest yang menyeru Hungary memansuhkan undang-undang anti-LGBTQ.
- Seorang pegawai kanan Kementerian Luar Hungary mengecam barisan kedutaan asing di Budapest yang menyeru Hungary memansuhkan undang-undang anti-LGBTQ.
- Kecaman terhadap campur tangan itu bermula setelah duta dari Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan 36 negara lain menandatangani kenyataan bersama menyeru pemansuhan undang-undang tersebut.
- Tamas menyebut dia nekad mempertahankan dan melindungi anak-anak rakyat Hungary dari propaganda LGBTQ biarpun bakal berdepan dengan pelbagai tekanan dan serangan.
- Kerajaan pimpinan Viktor Orban itu menegaskan bahawa undang-undang tersebut bertujuan melindungi kanak-kanak dan bukannya berfungsi untuk menyasarkan komuniti LGBTQ.
- Akta itu juga digubal bertujuan menangani jenayah pelakuan pedofilia selain penjagaan kesejahteraan kanak-kanak.
Seorang pegawai kanan Kementerian Luar Hungary mengecam barisan kedutaan asing di Budapest yang menyeru Hungary memansuhkan undang-undang anti-LGBTQ.
Kecaman terhadap campur tangan itu bermula setelah duta dari Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan 36 negara lain menandatangani kenyataan bersama menyeru pemansuhan undang-undang tersebut.
Menjelang acara LGBTQ Budapest Sabtu lalu, Setiausaha Negara yang bertanggungjawab dalam hubungan dua hala Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan, Tamas Menczer menyatakan sepuluh perkara sebagai respon kepada duta-duta negara barat itu.
Tamas menyebut dia nekad mempertahankan dan melindungi anak-anak rakyat Hungary dari propaganda LGBTQ biarpun bakal berdepan dengan pelbagai tekanan dan serangan.
Daripada menyibukkan diri dengan hal ehwal undang-undang LGBTQ di Hungary, Tamas menasihatkan negara seperti Perancis, Sweden, Belanda, Slovakia, Jerman dan AS untuk menyelesaikan masalah negara mereka sendiri dalam hal rusuhan pendatang, peningkatan jenayah, dadah dan pilihan raya penuh pertikaian.
“Saya boleh berterusan (mendedahkan) barisan kedutaan negara yang menurunkan tanda tangan,” kata menteri itu menjelaskan bahawa duta-duta luar itu tidak berfungsi sebagai gabenor dan Hungary bukan sebuah tanah jajahan.
“Saya kagum, walaupun masalah serius demokrasi seperti yang disebutkan di atas berlaku di negara mereka, mereka (sibuk) melibatkan diri dengan urusan dalaman negara lain,” kata Tamas.
Kerajaan pimpinan Viktor Orban itu menegaskan bahawa undang-undang tersebut bertujuan melindungi kanak-kanak dan bukannya berfungsi untuk menyasarkan komuniti songsang LGBTQ.
Akta Perlindungan Kanak-kanak itu melarang paparan kandungan yang menggambarkan atau mempromosikan homoseksual dan penukaran jantina kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun.
Akta itu juga digubal bertujuan menangani jenayah pelakuan pedofilia selain penjagaan kesejahteraan kanak-kanak.
Sumber: RT