Connect with us

Antarabangsa

Dua lelaki Muslim dibelasah, dihina sebelum sempat beribadah korban

Dua lelaki Muslim dibelasah, dibogel, diikat pada pokok dan dipaksa menyebut slogan agama Hindu semasa hari perayaan Aidil Adha di Solapur, Maharashtra.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dua lelaki Muslim dibelasah, dihina sebelum sempat beribadah korban
Foto: Tangkap layar sebuah video di mana dua lelaki Muslim dibelasah, dibogel, diikat pada pokok dan dipaksa menyebut slogan agama Hindu semasa hari perayaan Aidil Adha di Solapur, Maharashtra.
  • Dua lelaki Muslim dibelasah, dibogel, diikat pada pokok dan dipaksa menyebut slogan agama Hindu semasa hari perayaan Aidil Adha di Solapur, Maharashtra.
  • Sebuah video yang muncul baru-baru ini menjelaskan kejadian ngeri dan menggambarkan penganiayaan dilalui mangsa pada hari itu.
  • Sekumpulan individu dikatakan anggota militan Bajrang Dal adalah mereka yang didakwa melakukan kekejaman ke atas mereka, demikian lapor The Observer Post.
  • Menurut kenyataan mangsa, dia turut dipaksa melaungkan slogan Hindu “Jai Shri Ram” yang bermaksud “Hiduplah tuhan Rama” atau “Kemenangan bagi tuhan Rama”.
  • Walaupun mematuhi tuntutan mereka, keganasan terhadapnya tidak terhenti. Dia tetap terus dipukul sehingga mengalami kecederaan parah di belakang badan, kaki dan di kepalanya. Begitu juga rakan mangsa yang melaporkan insiden itu.

Dua lelaki Muslim dibelasah, dibogel, diikat pada pokok dan dipaksa menyebut slogan agama Hindu semasa hari perayaan Aidil Adha di Solapur, Maharashtra.

Sebuah video yang muncul baru-baru ini menjelaskan kejadian ngeri dan menggambarkan penganiayaan dilalui mangsa pada hari itu.

Sekumpulan individu dikatakan anggota militan Bajrang Dal adalah mereka yang didakwa melakukan kekejaman ke atas mereka, demikian lapor The Observer Post.

Setelah kejadian itu, sebuah video tular menunjukkan salah seorang mangsa menceritakan dari katil hospital insiden yang dilaluinya kepada seorang wartawan. Menceritakan kejadian itu dan cuba menggambarkan kecederaan yang dialuinya.

Mangsa berkata dia dan rakannya sedang duduk di padang pada hari raya Aidil Adha dengan hasrat menyembelih lembu sendiri kerana tiada kemampuan membeli haiwan lain.

Tidak lama selepas itu, sekumpulan individu seramai tiga puluh hingga ke empat puluh orang yang dikaitkan dengan kumpulan Bajrang Dal tiba di kawasan itu dan mula menyerang mereka secara lisan dan fizikal.

Menurut kenyataan mangsa, dia turut dipaksa melaungkan slogan Hindu “Jai Shri Ram” yang bermaksud “Hiduplah tuhan Rama” atau “Kemenangan bagi tuhan Rama”.

Walaupun mematuhi tuntutan mereka, keganasan terhadapnya tidak terhenti. Dia tetap terus dipukul sehingga mengalami kecederaan parah di belakang badan, kaki dan di kepalanya. Begitu juga rakan mangsa yang melaporkan insiden itu.

Susulan insiden itu, satu kes difailkan terhadap kedua-dua pihak terlibat iaitu kumpulan individu yang dikaitkan dengan kumpulan militan Bajrang Dal dan dua lelaki Muslim itu.

Sumber: The Observer Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *