Terkini
Isu Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas: Terpaksa berniaga tanpa lesen disebabkan tidak diluluskan DBKL
29 peniaga di Medan Selera Taman Ayer Panas di sini bimbang akan nasib tempat perniagaan mereka yang tidak diberikan pelanjutan tempoh berniaga di medan selera itu.
- 29 peniaga di Medan Selera Taman Ayer Panas di sini bimbang akan nasib tempat perniagaan mereka yang tidak diberikan pelanjutan tempoh berniaga di medan selera itu.
- Penyelaras Medan Selera Taman Rekreasi Kolam Air Panas, Mohd Radzi Jaafar berkata mereka terpaksa berniaga tanpa lesen disebabkan permohonan lesen perniagaan baharu ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Mac lalu.
- “Kami tidak tahu status nasib kami, sebab tiada sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, daripada DBKL dan kerajaan semasa.
- “Kami ingin dibela, kalaulah tanah ini milik orang dan lesen tidak dapat diperbaharui lagi disebabkan oleh tanah orang. Jadi kami nak tahu soal masa depan kami sebagai peniaga yang bekerja di sini sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Medan Selera Ayer Panas semalam.
KUALA LUMPUR – 29 peniaga di Medan Selera Taman Ayer Panas di sini bimbang akan nasib tempat perniagaan mereka yang tidak diberikan pelanjutan tempoh berniaga di medan selera itu.
Penyelaras Medan Selera Taman Rekreasi Kolam Air Panas, Mohd Radzi Jaafar berkata mereka terpaksa berniaga tanpa lesen disebabkan permohonan lesen perniagaan baharu ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Mac lalu.
“Kami tidak tahu status nasib kami, sebab tiada sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, daripada DBKL dan kerajaan semasa.
“Yang kegelisahan timbul pada kami, tanah ini telah dimiliki dan disahkan oleh pihak DBKL.
“Kami ingin dibela, kalaulah tanah ini milik orang dan lesen tidak dapat diperbaharui lagi disebabkan oleh tanah orang. Jadi kami nak tahu soal masa depan kami sebagai peniaga yang bekerja di sini sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Medan Selera Taman Ayer Panas semalam.
Beliau berharap DBKL dapat segera mengaturkan perbincangan rasmi antara penduduk, DBKL dan Setiausaha Politik (SUPOL) Perdana Menteri untuk membincangkan lebih lanjut mengenai status mereka.
Katanya, Taman Rekreasi Ayer Panas juga telah dibiarkan dan tidak diselenggarakan sehingga menyebabkan taman itu tidak digunakan lagi untuk beriadah.
“Kita tengoklah, taman-taman ini tidak diuruskan lagi, rumput sudah naik-naik kerana tiada pengurusan. Dulu cantik, ramai orang riadah. Tapi sekarang ini, tidak terpeliharalah,” katanya.
Tinjauan The Merdeka Times di tempat kejadian mendapati bangunan-bangunan DBKL yang ditinggalkan serta sampah sarap dan saluran paip yang bocor sehingga menyebabkan kawasan dilimpahi air yang bertakung.
Sebelum ini, tular di WhatsApp menunjukkan beberapa kain rentang mengenai ketidakpuasan penduduk tempatan terhadap DBKL yang menjual Taman Rekreasi Ayer Panas kepada syarikat swasta.
Berdasarkan aduan pembaca, The Merdeka Times pada April lalu melaporkan mengenai kebimbangan penduduk sekitar Taman Kejiranan Ayer Panas mengenai keadaan terkini Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas yang dalam keadaan terbiar dan menyedihkan. – The Merdeka Times.