Connect with us

Antarabangsa

Lebih 2,000 penunjuk perasaan bantah, serang festival LGBT di Georgia

Lebih 2,000 individu bertembung dengan pihak polis dan membakar bendera pelangi pada Sabtu lalu bagi membantah festival Pride yang diadakan di ibu negara Georgia, Tbilisi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 2,000 penunjuk perasaan bantah, serang festival LGBT di Georgia
Foto: Penunjuk perasaan membakar bendera LGBT dan festival Pride itu terpaksa dibatalkan selepas pertempuran dengan polis.
  • Lebih 2,000 individu bertembung dengan pihak polis dan membakar bendera pelangi pada Sabtu lalu bagi membantah festival Pride yang diadakan di ibu negara Georgia, Tbilisi.
  • Tiada kecederaan dilaporkan berlaku tetapi sebaik sahaja peserta festival ditempatkan di lokasi selamat, festival tersebut dibatalkan, demikian lapor Daily Mail.
  • Penduduk Georgia yang kebanyakannya berpegangan Kristian Ortodoks dikatakan telah biasa dengan cetusan keganasan bila ada acara dianjurkan kelompok songsang itu.
  • Saluran berita Georgia menganggarkan lima ribu orang berarak ke tapak tersebut sambil mengibarkan bendera negara dan membawa simbol agama mereka bagi membantah festival kelompok songsang itu.

Lebih 2,000 individu bertembung dengan pihak polis dan membakar bendera pelangi pada Sabtu lalu bagi membantah festival Pride yang diadakan di ibu negara Georgia, Tbilisi.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku tetapi sebaik sahaja peserta festival ditempatkan di lokasi selamat, festival tersebut dibatalkan, demikian lapor Daily Mail.

Penduduk Georgia yang kebanyakannya berpegangan Kristian Ortodoks dikatakan telah biasa dengan cetusan keganasan bila ada acara dianjurkan kelompok songsang itu.

Penganjur mendakwa pihak berkuasa bersubahat dengan penunjuk perasaan untuk menggagalkan festival itu, tetapi seorang menteri menjelaskan acara tersebut sukar dikawal polis kerana ia diadakan di kawasan lapang berhampiran sebuah tasik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Alexander Darakhvelidze berkata penunjuk perasaan berjaya masuk ke kawasan itu tetapi peserta dan penganjur festival Pride telah diselamatkan.

Saluran berita Georgia menganggarkan lima ribu orang berarak ke tapak tersebut sambil mengibarkan bendera negara dan membawa simbol agama mereka.

Mariam Kvaratskhelia mendakwa kumpulan sayap kanan menghasut keganasan ke atas aktivis LGBT beberapa hari sebelum menjelang acara Pride sambil menuduh polis dan kementerian dalam negeri menolak untuk menyiasat perkara itu.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *