Connect with us

Antarabangsa

Al-Quran dibakar, dicampak di hadapan masjid di Jerman

Sebuah mushaf al-Quran dibakar dan dicampak di hadapan sebuah masjid di barat daya Jerman, kata kumpulan payung Turki-Islam DITIB pada Isnin, lapor agensi berita Reuters.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Al-Quran dibakar, dicampak di hadapan masjid di Jerman
Foto: Gambar Masjid Mimar Sinan di bandar Maulbronn, yang terletak di negeri Baden-Wurttemberg, Jerman.
  • Sebuah mushaf al-Quran dibakar dan dicampak di hadapan sebuah masjid di barat daya Jerman, kata kumpulan payung Turki-Islam DITIB pada Isnin.
  • Insiden berlaku dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak, di hadapan Masjid Mimar Sinan di bandar Maulbronn, Baden-Wurttemberg, Jerman.
  • Pengarah Persatuan Masjid, Osman Adibelli berkata kejadian itu berlaku pada malam Sabtu (8 Julai 2023).

Sebuah mushaf al-Quran dibakar dan dicampak di hadapan sebuah masjid di barat daya Jerman, kata kumpulan payung Turki-Islam DITIB pada Isnin, lapor agensi berita Reuters.

Insiden berlaku dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak di hadapan Masjid Mimar Sinan di bandar Maulbronn, Baden-Wurttemberg, Jerman.

Pengarah Persatuan Masjid, Osman Adibelli berkata kejadian itu berlaku pada malam Sabtu (8 Julai 2023).

“Selepas kejadian itu, apabila kami meneliti rakaman pengawasan masjid kami, kami melihat objek dicampak di hadapan masjid dari sebuah kenderaan di jalan utama. Sekitar jam 4.45 pagi (1045 GMT), ahli jemaah kami yang datang untuk solat subuh menyedari terdapat al-Quran yang dibakar di pintu masuk masjid,” katanya.

Osman berkata mereka memfailkan aduan jenayah berhubung kejadian itu dan menambah, “Disebabkan pantulan lampu hadapan kenderaan menghampiri bahagian hadapan masjid, kami tidak tahu nombor plat atau berapa ramai individu yang terlibat dalam serangan itu”.

Sambil melahirkan rasa dukacita dan kebimbangan terhadap serangan itu, Osman berkata siasatan telah dilancarkan.

Insiden itu berlaku berikutan beberapa insiden pembakaran atau penodaan al-Quran di beberapa negara Eropah, termasuk kes berprofil tinggi baru-baru ini di mana al-Quran dibakar di hadapan sebuah masjid di Sweden, dibenarkan oleh polis, hingga menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, pemimpin dan ahli politik Islam menegaskan penodaan dan provokasi seperti itu tidak dilindungi oleh undang-undang kebebasan bersuara.

Sumber: MEMO

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *