Antarabangsa
Aktivis trans UK gesa keganasan ke atas wanita, polis tidak ambil tindakan
Seorang aktivis trans terkenal secara terbuka menggesa perlakuan keganasan ke atas wanita yang mengkritik ideologi jantina di perarakan Trans Pride di London, 8 Julai lalu.
- Seorang aktivis trans yang terkenal dengan jenayahnya secara terbuka menggesa perlakuan keganasan ke atas wanita yang mengkritik ideologi jantina di perarakan Trans Pride di London, 8 Julai lalu.
- Gesaan itu dikeluarkan Alan Baker, atau nama transnya Sarah Jane Baker, yang sebelum ini pernah disabitkan dengan kesalahan menculik, menyiksa dan membunuh.
- “Kalau kamu berjumpa seorang TERF, tumbuk mukanya!,” kata Alan sambil mencarut dipetik Reduxx.
- “TERF” yang dimaksudkannya itu merujuk kepada “Trans-exclusionary radical feminist,” satu istilah menghina ditujukan kepada wanita yang tidak mengiktiraf transgender dan sering digunakan bagi membolehkan keganasan ke atas wanita yang menolak ideologi jantina.
Seorang aktivis trans terkenal secara terbuka menggesa perlakuan keganasan ke atas wanita yang mengkritik ideologi jantina di perarakan Trans Pride di London, 8 Julai lalu.
Gesaan itu dikeluarkan Alan Baker, atau nama transnya Sarah Jane Baker, yang sebelum ini pernah disabitkan dengan kesalahan menculik, menyiksa dan membunuh.
Here it is on video! Recorded by @dazed and reposted by London Trans Pride on Instagram.
Convicted kidnapper and torturer, Sarah Jane Baker, on the Trans Pride stage, saying “If you see a TERF, punch them in the fucking face!” to a cheering crowd 🙂 pic.twitter.com/dK9Jde26sF
— Kat (@unpopulargenz) July 8, 2023
“Kalau kamu berjumpa seorang TERF, tumbuk mukanya!,” kata Alan sambil mencarut dipetik Reduxx.
“TERF” yang dimaksudkannya itu merujuk kepada “Trans-exclusionary radical feminist,” satu istilah menghina ditujukan kepada wanita yang tidak mengiktiraf transgender dan sering digunakan bagi membolehkan keganasan ke atas wanita yang menolak ideologi jantina.
Seorang wanita yang terganggu dengan kenyataan Alan membuat laporan polis tetapi pihak polis memaklumkan bahawa Alan dilindungi di bawah undang-undang kebebasan bersuara.
Perkara itu bukan insiden pertama yang menggemparkan United Kingdom (UK) dengan perhatian meluas adanya ancaman keganasan terhadap kelompok wanita yang cakna jantina.
Pada Jun 2021, Alan yang bergambar di London’s Pride Parade dilihat memegang sepanduk bertulis “Be Trans, Do Crime”, satu seruan supaya orang ramai melakukan jenayah dan menukar jantina.
Keputusan pihak polis yang tidak menyiasat Alan menggalakkan keganasan secara terbuka dilihat bercanggah jika dibandingkan dengan tindakan tegas polis apabila menghukum mereka yang didakwa melakukan “ucapan kebencian” di UK.
Sumber: Reduxx