Connect with us

Antarabangsa

Disalah anggap sebagai kaki judi, lelaki Islam maut diseksa polis di India

Seorang lelaki Islam maut selepas ditahan polis, didakwa diseksa dalam tahanan di Uttar Pradesh Barat, India.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Disalah anggap sebagai kaki judi, lelaki Islam maut diseksa polis di India
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sajid Abbasi, 26, meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dibelasah hingga tidak sedarkan diri ketika ditahan polis.
  • Insiden berlaku di kampung Rataul, Baghpat, Uttar Pradesh Barat, India pada Ahad lalu.
  • Polis diaporkan sedang mengejar beberapa kaki judi di ladang mangga berhampiran rumah Sajid yang terkenal dengan aktiviti perjudian, menahan beliau kerana menyangkanya seorang kaki judi.

Seorang lelaki Islam maut selepas ditahan polis, didakwa diseksa dalam tahanan di Uttar Pradesh Barat, India.

Memetik laporan Maktoob Media, Sajid Abbasi, 26, meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dibelasah hingga tidak sedarkan diri ketika ditahan polis dalam waktu singkat.

Foto: Sajid Abbasi, 26, meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dibelasah hingga tidak sedarkan diri ketika ditahan polis.

Dalam insiden di kampung Rataul, Baghpat pada Ahad lalu, Sajid ditahan polis selepas disalah anggap sebagai kaki judi.

Ladang mangga berhampiran rumahnya memang terkenal dengan aktiviti perjudian.

Menurut abangya Shahabuddin, pihak polis yang sedang mengejar beberapa kaki judi di ladang itu, bagaimanapun menangkap Sajid yang sedang berjalan pulang ke rumah.

“Dia (Sajid) cuba merayu memaklumkan dia bukan seorang penjudi. Tetapi empat anggota polis itu mula membelasahnya.

“Dia ditangkap dan dibawa ke balai di mana mereka memukulnya lebih banyak lagi. Dia tidak sedarkan diri apabila ayah saya sampai ke balai untuk bertanyakan perkara itu,” kata Shahabuddin.

Sajid kemudian dibawa ke sebuah hospital di Khekra bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Susulan itu, keluarga dan saudara-mara memutuskan untuk membawa mayat Sajid ke sebuah pondok perhentian bas sebagai tanda bantahan, demikian menurut video yang dikongsikan seorang wartawan tempatan di Twitter.

“Kami bukan mahu membuat kecoh. Kami hanya mengambil mayat dan duduk di atas jalan supaya pihak berkuasa dapat memberi perhatian kepada kehilangan kami, terhadap ketidakadilan yang telah merosakkan keluarga kami,” kata Shahabuddin.

Sajid yang bekerja sebagai buruh itu meninggalkan tiga anak dan seorang balu yang mengandung.

Sumber: Maktoob Media

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *