Connect with us

Terkini

Majoriti lelaki kurang buat aduan kena gangguan seksual

Statistik semasa menunjukkan kebanyakan lelaki kurang ‘mengadu’ dalam hal melibatkan gangguan seksual walaupun menjadi mangsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Majoriti lelaki kurang buat aduan kena gangguan seksual
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Statistik semasa menunjukkan kebanyakan lelaki kurang ‘mengadu’ dalam hal melibatkan gangguan seksual walaupun menjadi mangsa.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kesedaran golongan lelaki terhadap kempen antigangguan seksual di negara ini agak subjektif.
  • “Jadi, itulah saya kata Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual seperti ini akan memberi kesedaran yang (boleh) digunakan sebagai salah satu daripada panduan untuk menyatakan (bahawa) mereka adalah mangsa kepada gangguan seksual.
  • “Tak kira (sama ada) lelaki atau perempuan,” katanya selepas merasmikan program berkenaan yang turut dihadiri oleh Timbalannya, Aiman Athirah Sabu serta beberapa pemimpin wanita setempat di Dewan Milenium, Kepala Batas, di sini semalam. 
  • Gangguan seksual harus ditangani dengan serius kerana boleh mendorong jenayah seksual lebih serius dan kesannya terhadap mangsa adalah sangat negatif termasuk trauma serta ketakutan yang berpanjanga.

SEBERANG PERAI – Statistik semasa menunjukkan kebanyakan lelaki kurang ‘mengadu’ dalam hal melibatkan gangguan seksual walaupun menjadi mangsa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kesedaran golongan lelaki terhadap kempen antigangguan seksual di negara ini agak subjektif.

Jelas beliau,  ada dalam kalangan lelaki mungkin akan berasa ‘teruja’ dan ada juga yang mungkin terganggu dengan gangguan tersebut.

“Jadi, itulah saya kata Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual seperti ini akan memberi kesedaran yang (boleh) digunakan sebagai salah satu daripada panduan untuk menyatakan (bahawa) mereka adalah mangsa kepada gangguan seksual.

“Tak kira (sama ada) lelaki atau perempuan,” katanya selepas merasmikan program berkenaan yang turut dihadiri oleh Timbalannya, Aiman Athirah Sabu serta beberapa pemimpin wanita setempat di Dewan Milenium, Kepala Batas, di sini semalam.

Pulau Pinang merupakan destinasi kedua selepas Putrajaya untuk program tersebut dan akan diteruskan ke beberapa lokasi lain dengan matlamat memberi pendedahan, pengetahuan serta menyebarluaskan pemakaian garis panduan dan notis anti gangguan seksual kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Nancy berkata, gangguan seksual harus ditangani dengan serius kerana boleh mendorong jenayah seksual yang lebih serius dan kesannya terhadap mangsa adalah sangat negatif termasuk trauma serta ketakutan yang berpanjangan. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *